Selasa, Mac 06, 2012


Hanya dua perkara sahaja yang timbul bila isu seperti ini diketengahkan. Satu, sama ada Menteri Besar Kedah tu betul - betul seorang yang GAGAL.

Kedua, wujud campur tangan oleh orang luar dalam pentadbiran Negeri Kedah sehingga Menteri Besarnya perlu mentadbir tanpa kuasa mutlak.

Jadi, kemungkinan besar apa yang dinyatakan oleh Hassan Ali sebelum ini ada benarnya. Memang wujud Parasit dikalangan pemimpin - pemimpin PAS.

Orang - orang macam ni la yang menjahanamkan parti tersebut dari dalam sedangkan mereka lansung tidak memiliki semangat seorang pejuang Islam.

Ke mana perginya sifat fisabilillah yang menjadi tunjang kepada PAS selama hari ini? Sejak bila pemimpin mereka mula merajuk bila tak dapat kuasa?

Bukan ke mereka kata sebelum ini yang mereka nak menjaga Kebajikan Rakyat? Ini jaga Kebajikan menda kejadahnya. Menyusahkan rakyat lagi ada la. 

Perkara itulah yang sepatutnya menjadi persoalan dikalangan ahli - ahli PAS hari ini. Mereka boleh lihat sendiri bagaimana rakusnya pemimpin mereka Gilakan Kuasa. Bukannya diorang nak memperjuangkan rakyat sangat pun!!!
ALOR SETAR 5 Mac - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan mentadbir negeri ini tanpa sebarang kuasa mutlak kerana keputusan berkaitan kerajaan negeri perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Pemandu Pas Pusat.
Langkah yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Kedah itu menyaksikan Menteri Besar kehilangan sebahagian kuasanya apabila pihak luar boleh campur tangan dalam membuat keputusan melalui jawatankuasa tersebut.
Lebih serius, sumber memberitahu, langkah itu dikhuatiri boleh menyebabkan Menteri Besar dilihat seolah-olah boneka dalam keputusan tertentu jika tidak dipersetujui oleh Exco-exco.
Penubuhan jawatankuasa itu adalah salah satu daripada tiga keputusan Pas Pusat hari ini bagi menyelesaikan kemelut Pas Kedah ekoran dua Exconya, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh enggan menerima semula jawatan tersebut.
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Perlembagaan PAS kununnya meletakkan al Qur'an dan al Hadith sebagai sumber utama. Itu bermakna, dari serendah2 ahli biasa kepada setinggi2 pemimpin parti, al Qur'an dan al Hadith WAJIB menjadi sumber rujukan; dan stail kepimpinan wajib selari dengan tuntutan2 dua sumber tersebut.

    Soalnya.., berapa standard yang pemimpin2 PAS ada?

    BalasPadam
  2. Standard... kununnya mereka lebih lebai... lebih islami. ... lebih memahami hukum... lebih zuhud... lebih tawaduk...lebih memahami al-Quran... lebih memahami al-hadis drpd alim ulamak yg memihak kerajaan..
    Tetapi baru 4 tahun perintah negeri bnyak pula kerenahnya... doorang nih sedang diuji dengan sedikit nikmat kekusaan tetapi..... korang fikirlah sendiri....
    sehari dua lg misti puak dia salahkan Umno... itulah standard puak nih

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping