Selasa, Mac 06, 2012


Mungkin semua orang dah tau. Agenda sebenar Si Fuziah Thoron ni ialah untuk menjahanamkan ekonomi Negeri Pahang.

Sudah menjadi tugas dan tanggungjawab pihak Kerajaan untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat agar mereka dapat mencari pendapatan.

Sehingga kini, puak - puak Pakatan Pembangkang tu masih tak mampu nak jelaskan, berapa banyak peluang pekerjaan yang sudah mereka berikan kepada rakyat.

Jangan la bagi alasan mengatakan yang mereka belum memerintah Putrajaya. Kerajaan negeri dibawah mereka sekarang pun masih jugak tak bertambah peluang kerjanya.

Sampaikan isu perkhidmatan Bas di Kelantan pun diorang mintak Kerajaan Pusat tolong selesaikan. Nak jaga Kebajikan Rakyat Menda Jadahnya kalau macam tu!!!

Ini cerita sebenarnya. Dari sumber yang Semut dapat malam tadi, Si Fuziah tu rupanya hanya pandai 'Hijack' agenda orang lain.

Sebelum ini, 8 orang bekas AJK Anti Lynas SMSL tampil menyatakan bahawa agenda mereka telah di hijack demi kepentingan Si Fuziah Thoron ni.

Campur tangan Si Fuziah Thoron ni la yang menyebabkan Pengerusi Save Malaysia, Stop Lynas (SMSL) tu meletakkan jawatannya tak berapa lama dulu.

Dalam pertemuan Semut dengan salah seorang penyokong kuat SMSL semalam turut menyatakan bahawa mereka percaya yang Si Fuziah ni setakat tau bercakap je.

Malah individu terbabit yakin bahawa projek Lynas ini mampu membawa lebih banyak keuntungan kepada Kerajaan Negeri. Tidak seperti yang dinyatakan oleh Fuziah.

Mereka yakin selepas kilang tersebut siap dibina dan mampu beroperasi sepenuhnya, lebih banyak lagi kilang lain akan turut menyusul. Terutama yang memerlukan bahan nadir bumi.

Tambah mereka lagi, Si Fuziah tu jangan terlalu yakin dengan gerakan Anti Lynas ni. Mereka dalam diam juga menilai sejauh mana sumbangan dia kepada rakyat.

Sama ada dia mampu merih sokongan dalam Pilihan Raya Umum akan datang bukan bergantung kepada gerakan Anti Lynas. Dan itulah yang menjadi pengukur sebenarnya.

Mereka sedar dengan hakikat ini. Bagi mereka, Si Fuziah ni hanya pandai bercakap je. Tapi dia bukannya reti buat kerja. Sedangkan gerakan Anti Lynas ni pun dia 'Hijack'. Inikan pulak dia nak buat kerja untuk rakyat!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping