Isnin, Mac 05, 2012


Yunalis Zarai, a.k.a Yuna, bukanlah satu nama asing lagi dalam industri seni tanahair kita. Kelainan dan keunikan yang ditonjolkan memang sangat memukau dan mengagumkan semua. 

Komposisi lagu, bait - bait lirik dan penyusunan muzik yang agak berbeza dari komposer lain, membuatkan Yuna dikagumi dengan bakat yang sedia ada.
Nama Yuna juga bukan hanya dikenali di dalam negara, tetapi sudah pun melangkau ke peringkat antarabangsa. 
Dan yang terbaru, Yuna dikatakan tercalon dalam di Nickelodeon Kids’ Choice Awards 2012 untuk kategori New Favorite Asian Act
Wah! Bukan mudah untuk tercalon dalam anugerah2 diluar negara. Walaupun anugerah ini bukanlah anugerah besar, tetapi ini sudah cukup untuk membuat mereka diluar tu mengenali penyanyi ini.
Turut tercalon untuk kategori itu adalah Agnes Monica (Indonesia), Charice (Filipina) dan Wonder Girls (Korea). 
Apa2 pun, kita doakan yg terbaik untuk Yuna agar dengan ini, akan mengangkat lagu taraf industri seni kita ke peringkat antarabangsa. Acara ini akan berlangsung pada 31 Mac 2012 di USG Galen Center, Los Angeles. Go Go Yuna…!!! Sekian…
Ps: Tahan la Yuna ni tersenarai dalam anugerah tersebut daripada nama dia disebut dalam majalah yang bukan - bukan macam Si Ketua Penipu tu. Bukan keluarga je yang malu beb. Habis satu kampung malu woi!!! Itu pun dia tak sedar diri jugak ke!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping