Sebelum ada sesiapa yang berhasrat nak membogelkan Si Mak Lampir tu, baik la diorang suruh dia ikut 5 kaedah yang diberikan dibawah ni.
Kot dia dapat jadi macam gambar model kat bawah tu, tahan la jugak. Kalau dalam keadaan sekarang ni, tok sah la. Buat loya tekak je menengoknya!!!
Tapi kalau nak dedahkan pasal rahsia dia kepada rakyat, amat - amatlah dialu - alukan. Tak payah tunggu dia slim macam model tu.
Biar rakyat tahu yang diorang ni pun ada jugak keburukkan yang sengaja diselindungkan dari perhatian rakyat!!! Jelas bahawa diorang ni pun bukannya maksum sangat!!!
Menurut Brian Stramel, untuk menurunkan berat badan dengan efektif, kita perlu ketahui LOT, yakni Law of Thermodynamics. Law of Thermodynamics bermaksud kita perlu menyalurkan tenaga, bagi menurunkan berat badan.
Ini bermakna untuk menurunkan berat badan, kita perlu kurangkan makan makanan yang kurang berkhasiat, dan memperbanyakkan gerakan aktif.
Cara #1 – Sentiasa Mengambil Sarapan Pagi
Kita perlu mengambil sarapan pagi jika ingin diet. Ini kerana mengikut kajian, kadar metabolisme kita akan berada pada paras rendah di waktu pagi. Jika kita tidak mengambil sarapan pagi, kita akan mudah berasa lapar.
Pengambilan sarapan pagi juga dapat membantu kita untuk membekalkan tenaga yang mencukupi, bagi melakukan aktiviti harian.
Cara #2 – Tenangkan Fikiran
Apabila kita berasa tertekan atau stres, tubuh badan kita akan mengeluarkan hormon yang diberi nama cortisol. Stres yang berlebihan akan menyebabkan kita tidak dapat mengawal nafsu untuk makan.
Bagi mengawal stres, kita disarankan untuk melakukan senaman seperti joging. Bagi umat Islam, kita boleh melakukan solat sunat atau membaca Al-Quran.
Cara #3 – Ubah Gaya Pemakanan Secara Konsisten
Untuk menurunkan berat badan, kita perlu minum lebih banyak air mineral. Elakkan daripada minum minuman yang mempunyai jumlah gula yang tinggi. Bagi makanan pula, kita perlu belajar untuk mendisplinkan diri.
Jika sebelum ini kita selalu mengambil 1 hingga 3 snek di waktu malam, maka ubah kepada sekali sahaja. Perubahan boleh dilakukan secara perlahan-lahan. Apa yang paling penting adalah konsistensi.
Cara #4 – Jalani Gaya Hidup Aktif
Gaya hidup aktif bermaksud menambahkan lebih banyak gerakan tubuh badan dalam kehidupan seharian. Ini tidak terhad pada aktiviti-aktiviti lasak. Sebagai contoh, kita boleh menaiki tangga untuk naik ke pejabat.
Apabila kita ingin mengamalkan gaya hidup aktif, pastikan kita tanamkan dalam fikiran ia perlu bermula dengan perlahan dan konsisten. Aktiviti yang dilakukan secara drastik akan mengurangkan daya motivasi, apabila kita tidak dapat melihat sebarang hasil dalam jangka masa yang singkat.
Cara #5 – Jangan Diet!
Berdasarkan kajian jurulatih kesihatan, kebanyakan individu yang ingin diet seringkali gagal. Ini kerana proses diet memerlukan usaha jangka masa panjang. Untuk menurunkan berat badan dengan lebih efektif, kita boleh belajar sedikit sebanyak mengenai nutrisi dan pengambilan makanan yang sihat. - Sumber
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.