GA - Khabarnya, sudah timbul kemarahan dan keraguan dengan kemampuan Chua Jui Meng memimpin gerakan PKR di Negeri Johor.
Anwar kecewa kerana program PM di Batu Pahat mendapat sambutan yang hebat daripada masyarakat sekitar Batu Pahat, Sri Gading, Ayer Hitam dan sebagainya.
Mungkin ramai yang tidak tahu, Kongres PKR yang diadakan di Johor tidak berapa lama dahulu sudah membuat ketetapan bahawa jika memang PKR berniat nak meruntuhkan Johor, ianya mesti bermula di Batu Pahat.
Pada mereka, ego UMNO akan banyak tercalar sekiranya Batu Pahat dapat dijadikan medan permulaan serangan PKR.
Kalau menurut kepada status awal trend pengundian yang dibuat oleh PKR; kawasan Parlimen tumpuan adalah seperti berikut:-
- P146 (Muar): DUN Maharani dan Sungai Balang
- P147 (Parit Sulong): DUN Semerah dan Sri Medan
- P148 (Ayer Hitam): DUN Yong Peng dan Semarang
- P149 (Sri Gading): DUN Parit Yaani dan Parit Raja
- P150 (Batu Pahat): DUN Penggaram, Senggarang dan Rengit)
- P151 (Simpang Renggam: DUN Machap dan Layang-Layang)
Kongres PKR sudah membuat ketetapan bahawa serangan maksima akan dilakukan kepada 6 Parlimen dan 13 DUN ini.
Kalau mengikut laporan awal yang disediakan oleh Chua Jui Meng; 3 Parlimen dan 6 DUN berada dalam genggaman.
Anwar pantas meminta laporan khas mengenai impak lawatan PM ke Batu Pahat. Dua janji, Pasar Awam Batu Pahat dan Pasar Borong; dikatakan antara isu lama yang memang sudah diletakkan dalam manifesto PKR Batu Pahat. Dua-dua kena delete.
Tapi Anwar masih lagi puji dengan pencapaian Jui Meng dalam memastikan kehadiran kalangan orang Cina rendah. Menurut report yang diberikan PKR Batu Pahat kepada HQ – kehadiran penduduk Cina sekitar 1,500 sahaja.
Semua yang hadir sudah dipastikan siapa. Kebanyakannya adalah pengikut setia Chua Soi Lek. Tak ramai mana pun. Ini semua memberikan signal bahawa orang Cina di Batu Pahat belum sedia bersama BN.
Anwar mahukan beberapa siri pembersihan minda dilakukan di kawasan Batu Pahat seberapa segera. Siri ceramah akan diatur dalam memastikan impak dan kesan lawatan PM ke Batu Pahat di peringkat paling minima.
Anwar mahu Jui Meng nyatakan isu-isu lain yang boleh digunapakai di Batu Pahat dalam masa yang terdekat.
Katanya, agenda utama adalah menyerang peribadi calon-calon BN di kawasan sekitar. Individu seperti Mat Aziz (Sri Gading) banyak dalam poket Anwar. Belum sempat nak buka sahaja.
Fokus akan ditumpukan kepada pengundi Melayu. Mereka perlu dikembalikan semula untuk fokus kepada isu-isu yang sudah Anwar bangunkan lama.
Anwar masih lagi percaya bahawa BN bukan kubu kuat UMNO lagi. Tapi kalau ikut kehadiran tempoh hari, Anwar sudah kurang yakin sedikit.
Kuburkan terus impian Anwar di Johor!!
BalasPadamJOM BUAT PERHIMPUNAN BESAR-BESARAN DEPAN RUMAH AMBIGA!!! Baca di sini...
http://apakecoh2.blogspot.com/