"Berani Ke Lu Nak Kutip Gua, Mahfuz!!!" |
Hah!!! Apa lagi yang ditunggu oleh Si Mahfuz Bean ni? Dia tak nak siasat ke permohonan kerakyatan yang dihantar oleh Si Aaron Aziz ni?
Mana la tau. Kot Si Aaron Aziz ni pun termasuk dalam gerakan 'Task Force' seperti yang dinyatakan oleh Si Mahfuz tu sebelum ini.
Dengar kata pun, Si Aaron Aziz tu sekarang sedang sibuk menguruskan permohonan untuk mendapatkan kerakyatan Malaysia.
Sementara itu, Aaron berharap permohonannya untuk mendapat taraf penduduk tetap negara ini dapat diluluskan dengan segera bagi membolehkannya melebarkan sayap sebagai pelakon."Insya-Allah kalau dah ada kerakyatan nanti boleh dicalonkan dalam Festival Filem Malaysia (FFM) atau anugerah lain yang dinilai secara profesional. Dari situ nanti barulah kita tahu sama ada saya sebenarnya adalah seorang pelakon yang baik atau tidak," katanya.
Bayangkan. Orang dari Negara Luar sibuk nak jadi warganegara Malaysia. Atas sebab apa? Sebab Kemajuan dan Pencapaian serta peluang yang sedia ada. Nak cari rezeki.
Tapi, malangnya, sesetengah orang dalam Malaysia ni masih jugak dok mempertikaikan itu dan ini. Bukannya diorang nak bantu pun. Jauh sekali nak rasa bersyukur!!!
Sebelum ini, Si Mahfuz tu asyik mempertikaikan hak kerakyatan penduduk di Sabah yang katanya sering menggunakan 'pintu belakang'.
Dia sikit pun tidak pernah terfikir mengenai keadaan Geologi di Negeri tersebut sebelum mempertikaikan mengenainya.
Maka sebab itulah Semut mencabar dia agar bertanding di kerusi Parlimen Sabah jika dia benar - benar ikhlas untuk membantu menyelesaikan masalah ini.
Sehingga ke hari ini, Si Mahfuz ni juga masih tidak membentangkan perkara tersebut didalam sesi Parlimen yang sedang berlansung.
Hari tu, dia jugak yang beria - ia nak bawak ke Parlimen. Jadi, apa yang dia tunggu lagi? Kenapa masih tak bentang - bentang?
Ke dia nak jadi macam Negeri Kelantan yang sampai hari ni tak siap - siap lagi Perlembagaan Hukum Hudud yang kononnya nak dibuat dalam masa terdekat?
Kan dah nampak sangat yang diorang ni setakat tahu bercakap je. Kalau suruh buat, diorang bukannya reti. Lepas tu tahu nak pertikai je lebihnya.
Nak harap diorang buat, Jangan Harap La!!! Tunggu kucing bertanduk pun diorang takkan mampu sebab diorang hanya tahu bercakap dan mengabihkan masa!!! Sembang je lebih!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.