Selasa, April 10, 2012


Bila orang cakap, semua yang lain tak percaya. Dah berbuih dah orang kata. PAS ni sebenarnya PARTI POLITIK!!! Diorang bukannya badan dakwah!!!

Kalau dulu, sewaktu awal penubuhan sehingga ke zaman Allahyarham Datuk Fadhil Noor, boleh lagi kita anggap PAS ni sebagai satu badan penggerak dakwah.

Tapi sekarang, mereka dah benar - benar berubah sehingga dakwah Islamiah itu ditinggalkan begitu sahaja. Kenapa mereka berubah? Kerana mereka mula GILA KUASA.

Itu sebabnya. Bagi mereka, menjaga kepentingan Politik jauh lebih penting dari isu - isu lain seperti soal akidah dan sebagainya.

Kalau dulu, mati pun diorang sanggup demi mempertahankan perjuangan Negara Islam dan perlaksanaan Hukum Hudud. Semut ingat lagi masa tu.

Lafaz Bai'ahnya adalah demi menegakkan hukum Islam mengatasi hukum Liberal. Sekarang, mereka lebih Liberal dari pihak yang dituduh Liberal tu.

Malah mereka juga lebih Assobiyah dari pihak yang dituduh dan didakwa Assobiyah. Inilah perjuangan PAS sekarang. Bukannya diorang nak memperjuangkan Islam sangat.

Jika benar diorang nak memperjuangkan Islam, kenapa diorang sibuk - sibuk nak jaga pengundi? Kenapa sibuk - sibuk nak buat BERSIH dan sebagainya?

Semua tu tak lain dan tak bukan adalah untuk meraih undi dan sokongan rakyat. Semuanya untuk memastikan kerusi mereka tidak berubah. Itu sahaja. Bukannya ada sebab lain.

Walhal, isu bab pengundi hantu ni, sampai hari ni diorang masih jugak GAGAL mendedahkan Bukti. Cuma diorang buat dakwaan je bahawa isu tu wujud. Buktinya mana???

Sama la macam orang dulu - dulu. Pantang sakit sikit, mula la kaitkan dengan rasukan hantu. Bawak la jumpa Bomoh dan sebagainya. Kemudian timbul la cerita yang bukan - bukan.

Si Polan ada bela Jin, ada bela Hantu Raya dan sebagainya. Tapi, itu setakat cakap je. Buktinya tak ada!!! Jadi, macam mana orang nak percaya.

Gerakan terbaru mereka ialah untuk menubuhkan API, Anti Pemansuhan I/C. Kenapa pulak diorang nak mansuhkan IC ni? Macam tak de nama lain.

Sebenarnya, diorang nak serapkan fahaman Komunis yang pernah dibawa oleh Angkatan Pemuda Insaf yang telah diharamkan suatu ketika dahulu. Itu ke tujuannya.

Diorang ingat orang tak tahu tujuan diorang gamaknya. Diorang ingat rakyat Malaysia ni bodoh sangat macam diorang ke!!! Agak - agak la wei!!!
KUALA LUMPUR - Pas menubuhkan Jawatankuasa Anti Pemansuhan IC (Api) bagi menangani isu warga asing yang didakwa diberikan kerakyatan untuk membolehkan mereka mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, jawatankuasa itu akan menuntut suruhanjaya diraja bagi menyiasat kewujudan ‘task force’ pemberian kerakyatan kepada warga asing yang didakwa beroperasi di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Isnin ini ahli jawatankuasa akan bermesyuarat bagi mengatur pertemuan dengan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja bagi menghantar memorandum menuntut (diadakan satu) suruhanjaya diraja,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping