Fuh!!! Inilah hasil yang diperolehi bila kuat desakan dan nak membantu rakyat. Akhirnya, dapat juga bangunan sekolah sendiri.
Tapi, ini bukan hasil usaha puak - puak Pakatan Pembangkang yang hanya sekadar tau menyalak nak tuntut pendidikan percuma dan sebagainya tu.
Sebaliknya, ini hasil usaha masyarakat Taman Desa Pakatan yang dibantu oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Rapat.
Kalau diikutkan puak - puak Pakatan Pembangkang tu, diorang setakat bercakap je lebihnya. Bila suruh buat, HARAM satu HAPAH pun diorang tak buat!!! Kerja menipu tu je la yang diorang tau buat pun!!! Bukannya diorang tau buat kerja lain!!!
Sungai Rapat Online - Berkat kesabaran dan berkat kerja kuat daripada YB Dato Hamidah Osman akhirnya penduduk di Taman Desa Pakatan mendapat sebuah bangunan baru Sekolah Agama Rakyat yang baru.
Majlis pecah tanah telah dilaksanakan oleh YB Dato Hamidah Osman Adun Sungai Rapat pada pagi Khamis.
Dalam ucapan ringkas YB Dato Hamidah mengingatkan penduduk supaya bersyukur dalam keadaan negara yang makmur ini, jika dibandingkan dengan negara lain Malaysia merupakan negara yang paling baik terutamanya kepada umat Islam.
Kerajaan hari ini sentiasa memikirkan bagaimana untuk meningkatkan tahap pengetahuan umat Islam.
Pemerintah hari ini sudah membuktikan bahawa dari awal penubuhan Tanah Melayu salah satu syarat adalah menjadikan Agama Islam adalah Agama Rasmi Malaysia.
Kini terbukti terdapat beribu-ribu Sekolah Agama Rakyat telah pun dibina oleh kerajaan demi untuk mempertingkatkan ilmu dalam bidang Agama.
Hanya di Malaysia sahaja yang mampu berbuat demikian. Oleh itu kekalkanlah kerajaan yang sedia ada kerana jika kerajaan yang sedia ada tidak lagi memerintah Agama Islam juga akan turut akan menerima nasib yang sama.
Turut hadir ketua kampung Pengkalan Pegoh En Mansor bin Pandak Mat Din dan pemimpin wanita Umno setempat.
Sementara itu Pengerusi Sekolah Agama Rakyat Ustaz Azhar mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Dato Hamidah kerana begitu bersungguh-sungguh untuk mendapatkan dana bagi membina Sekolah Agama Rakyat.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.