Seperti yang Semut nyatakan tadi, tindakan puak - puak Pakatan Pembangkang Rejim DAPigs di Penang ni takut kehilangan undi dari kalangan PAS.
Maka sebab itulah mereka mengeluarkan kenyataan dengan menyatakan bahawa mereka telah buat silap dalam isu perlantikan YDP MAINPP hari ini.
Jika tidak, maka kemungkinan besar PAS akan bertindak membelakangkan PKR dan DAPigs dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.
Jadi, tak heran la jika Pemuda PAS mendesak Si Malik Itik tu meletakkan jawatan dan mengosongkan kerusi seberapa segera.
Kalau dilengah - lengahkan perkara tersebut, nampak sangat la yang diorang ni setakat nak pancing undi je!!! Lagi pun, diorang ni bukannya ada kerja lain!!! Itu je la kerja yang diorang tau buat pun!!!
SHAH ALAM – Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang mencadangkan agar Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malik Kassim mengosongkan kerusi Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dalam kadar segera sama ada meletakkan jawatan atau menolak pelantikannya ke jawatan itu.
Setiausahanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, Abdul Malik dicadangkan berbuat demikian sementara menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah melantik Pesuruhjaya Pas Negeri itu, Datuk Mohd Salleh Man bagi menggantikan beliau.
“Tindakan ini sangat wajar bagi menunjukkan sifat bertanggungjawab atas kesilapan kerajaan negeri seperti yang diakui, di samping menambah keyakinan rakyat dan kepercayaan pengundi terhadap janji pilihan raya ketika pilihan raya kecil Permatang Pasir yang lalu.
“Ia juga akan menambah baik imej Abdul Malik selaku ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) yang diberi amanah portfolio agama, sekali gus imej Pakatan Rakyat itu sendiri terutamanya di Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.