Semalam, di dalam mesyuarat Pakatan Pembangkang, terjadi perang mulut antara parti-parti sekutu akibat dari isu pemansuhan PTPTN.
DAPigs dan PAS dikatakan berang dengan Si Ketua Penipu serta PKR kerana menjerumuskan mereka ke dalam isu yang akhirnya memakan diri sendiri.
Kini, seluruh parti Pakatan Pembangkang TERPAKSA menepis dan merasionalkan cadangan PKR untuk menghapuskan PTPTN.
Akhbar - akhbar Cina juga kebanyakannya memberi reaksi negatif terhadap cadangan tersebut.
Sin Chew, misalnya mempersoalkan walaupun semua orang menginginkan pendidikan percuma tetapi apakah cadangan tersebut logik untuk dilaksanakan.
Pendidikan percuma untuk semua bermakna kerajaan memerlukan RM43 bilion setiap tahun dan itu belum lagi diambil kira janji-janji manis yang lain yang ditabur oleh PR yang membawa jumlah lebih RM200 billion.
Akhbar-akhbar Cina diketahui mempunyai pertalian yang rapat dengan DAP dan apa yang ditulis mereka kebanyakannya membayangkan pendirian DAP.
Walaupun Si Ketua Penipu dan Si Tony Puaka punya pengalaman dalam mengurus kewangan tetapi mereka tetap dianggap GAGAL.
Selagi mereka berdua tidak dapat membentangkan secara terperinci tentang bagaimana caranya untuk menampung kos lebih RM200 billion itu, maka mereka tidak ada pilihan selain dari meraguinya.
Dari laporan akhbar tersebut, nampaknya kaum Cina mengakui bahawa PTPTN banyak membantu kerana kebanyakan anak-anak mereka memilih untuk ke pusat pengajian tinggi swasta yang kosnya jauh lebih mahal dari pusat pengajian tinggi awam.
Secara tidak langsung juga mereka telah mengakui bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan kaum mereka, walaupun mereka tidak menyatakannya secara terang-terangan.
PAS juga banyak terhutang budi kepada kerajaan dalam isu PTPTN ini. Mana tidaknya, jika kebanyakan anak-anak mereka tidak layak mendapat biasiswa kerana kurang menyerlah dalam pelajaran akibat terlalu asyik berpolitik kerana terpengaruh dengan ibubapa sendiri.
Jika ini senarionya maka hanya pinjaman seperti PTPTNlah sahaja yang dapat membantu anak-anak orang PAS ini mendapatkan pendidikan peringkat tertiari.
Begitu juga dengan PKR, contohnya Adam Adli dan semua rakan-rakannya yang ke hulu ke hilir berdemo menentang apa saja yang dibuat oleh kerajaan, tiada seorang pun di antara mereka yang cemerlang dalam pelajaran.
Justeru, munasabahlah jika PKR ditempelak oleh sekutunya DAP dan PAS kerana mengemukakan cadangan yang paling bodoh.
Tapi apakan daya, tahap itu sajalah pemikiran Ketua Pembangkang yang hanya berkelulusan Pengajian Melayu kelas 3. Bukannya dia bijak sangat!!!
Tak dapat nak dibayangkan bila Si Ketua Penipu tu menjadi Perdana Menteri. Nauzubillah. Entah apa lagi agaknya idea - idea bodoh yang akan dikemukakannya. Alamat jahanam la Negara dibuatnya!!!
Memang bodoh pun..orang bodoh dengan orang bodoh, pemimpin bodoh dengan pengikut bodoh..jadi BODOHLAH....
BalasPadampkr jadi orang tengah menyelesaikan pertelagahan antara pas dan dap pasal pemansuhan ptptn.mungkin pkr ada cadangan iaitu meminta dana sebanyak rm43 billion dengan israel setiap tahun bagi menggantikan ptptn dan duit ini akan dijadikan duit bantuan pendidikan tinggi secara percuma.jika pelajar ini layak melanjutkan pelajaran keluar negara mungkin akan dihantar belajar kenegara israel.agaknya.
BalasPadamtak de bro...nuar nak memerintah 100 hari je...
BalasPadamlepas 100 hari tu, dia dah tak peduli dengan negara ni... nak jahanam ke apa ke...
itu pasal la dia janji pun 100 hari je...
Mls aku nk ckp byk2...pusing2 kot mana pun, sbnrnya bngsa melayu dlm pkr n pas ni tahap bengap+bodoh+bebal+bengong+buta sbb terlalu taksub dan lbh pentingkn parti dr agama dan hubungan saudara sesama melayu islam...patut la tak ramai melayu yg kaya....bingai......
BalasPadam