Ahad, April 15, 2012


Nah!!! Semalam Si Ketua Penipu tu kena lempang dengan Si Azan Ismail yang menyatakan bahawa PKR hanya merupakan sebuah parti pengemis sahaja.

Hari ini, PAS Terengganu pulak menampar muka Si Ketua Penipu tu dengan dakwaan bahawa PKR hanyalah sebuah parti Kelas Ketiga. Kenapa dia kata macam tu?

Sebab di Terengganu, kata mereka, PKR hanyalah merupakan parti Politik ketiga yang paling banyak pengaruh dikalangan masyarakat.

Maka atas dasar itulah PKR hanya layak untuk bertanding di 5 kerusi DUN dan hanya 2 kerusi Parlimen sahaja. Tak lebih dari itu.
“Kedudukan PKR dalam kategori pertama adalah seperti di Sabah dan Sarawak di mana kita sendiri tiada kekuatan di sana. Kategori kedua melibatkan kawasan campuran dan kategori ketiga adalah di kawasan majoriti Melayu seperti di Terengganu.

“Jadi, dengan kedudukan PKR dalam kategori ketiga di negeri ini, Pas kena mengurus seluruhnya dengan kerjasama PKR, sebagaimana Pas juga memberi kerjasama kepada PKR di Sabah dan Sarawak,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pejabat Perhubungan Pas Terengganu, Jalan Sultan Omar, di sini.  
Sehubungan itu, Abu Bakar berkata, dari sudut pembahagian kerusi sudah tentu pihaknya akan melihat kekuatan kedua-dua parti sama ada ia boleh membantu kemenangan Pakatan Rakyat (PR) atau tidak. 
Beliau yang juga ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat membuat perbandingan kedua-dua parti dari sudut realiti politik di negeri ini dan Pas disifatkan lebih kuat berbanding PKR terutama di peringkat akar umbi.
Kalau macam tu la percaturan yang ada dalam kepala otak PAS, maka secara tak lansung mereka juga turut mengakui bahawa Si Ketua Penipu tu tak layak jadi PM.

Kalau nak diikutkan, jentera yang paling banyak pengaruh dalam Malaysia pada ketika ini dikalangan Pakatan Pembangkang ialah PAS.

PKR tidak mempunyai kekuatan dari segi jentera untuk digerakkan. Mereka kebanyakkannya hanya bergantung kepada jentera PAS sahaja.

Perkara ini memang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa sekali pun kerana itu adalah hakikatnya. Kemenangan PKR pada tahun 2008 adalah atas bantuan PAS.

Maka, kalau ikut kategori yang telah dinyatakan diatas, PKR memang tak layak untuk menjadi Ketua Pembangkang. Dan mereka tak layak bertanding dilebih banyak kerusi.

Ini yang pelik dengan puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Yang paling tak berpengaruh tu yang nak dijadikan sebagai pemimpin utama sedangkan yang berpengaruh diletak ketepi.

Kan heran? Nampak sangat la hubungan akrab dan 'anjal' bak kata Haji Hadi tu hanya satu sandiwara semasa mereka sahaja untuk menipu rakyat. Pakatan mereka tak lama sebab sekian hari ianya semakin REPUT!!!
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. Sesama sendiri pun x boleh muafakat. Semua nak rebut kuasa je.

    JOM BUAT PERHIMPUNAN BESAR-BESARAN DEPAN RUMAH AMBIGA!!! Baca di sini.

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. dah agak daaaa depa nyer style...

    BalasPadam
  3. ketiga tiga parti pembangkang[pr] ni sebenarnya berebut rebut nak melantik orang mereka jadi perdana menteri.masing masing menggunakan tipu muslihat dan mengelirukan rakyat untuk mencapai hasrat mereka.sebab itulah mereka tekan menekan diantara satu sama lain.depan kita mereka berbaik baik.belakang kita mereka menyusun strategi.cara mereka ini bolih mendatangkan perang saudara.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping