Selasa, April 03, 2012


Fuh!!! Hebat atuk ni. Walau pun usia dia dah mencecah 83 tahun dan mempunyai 40 orang cucu, tapi masih lagi dapat memikat hati awek muda.

Itulah jodoh namanya. Lagi pun, atuk tu dapat calon isteri dengan cara yang sah. Bukannya dia cari dengan cara yang tak senonoh.

Tak de la macam yang Si Ketua Penipu tu buat. Nak sangat cari awek muda, sampai sanggup cari Chinadoll. Dah la tu, buat pulak dengan cara haram.


Dia tak sedar agaknya yang dia tu dah ada anak bini. Malah dah bercucu bagai. Tapi, masih jugak gatal nak cari Chinadoll. Habis, nak buat macam mana ye tak. Dah dia dasar tak sedar diri. Lagi pun dia bukan kira. Semuanya HALAL Belaka!!!
MESRA...Shahrin dan Aminah berbual mesra di majlis perkahwinan mereka.
MESRA...Shahrin dan Aminah berbual mesra di majlis perkahwinan mereka.
TELUK INTAN: Akhirnya pada usia 61 tahun, Aminah Alias menamatkan zaman anak daranya semalam, selepas selamat diijabkabulkan dengan duda beranak enam serta mempunyai 40 cucu dan 13 cicit. 
Pesara Pembantu Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) sejak empat tahun lalu itu kini bukan saja bergelar isteri, malah ibu, nenek dan moyang ‘segera’, sesuatu yang tidak pernah dijangka olehnya, namun bersyukur kerana hatinya terbuka untuk menerima Shahrin Dais, 83, sebagai suami.


Aminah berkata, masih sukar untuknya menerima kenyataan sebagai isteri pada usia warga emas sekarang, namun percaya jodohnya sudah ditetapkan bersama Shahrin. 

Dia mengakui mempunyai ramai kawan lelaki ketika muda, namun sikap anti lelaki yang menebal menyebabkan hatinya tidak terbuka untuk berkahwin.


“Saya pernah menolak beberapa pinangan ketika muda kerana hati tertutup dan belum mahu berumah tangga.



“Namun, selepas bertemu dengannya (Shahrin), saya terus bersetuju untuk menjadi isterinya. Mungkin inilah jodoh,” katanya yang ditemui pada majlis perkahwinannya, semalam. 


Sementara itu, Shahrin berkata, dia juga tidak menyangka pertemuan kali pertama dengan Aminah di sebuah warung kopi di Kampung Balun, Slim River pertengahan Februari lalu, membawa kepada perkahwinan.


Menurutnya, ketika pertemuan kali pertama itu dia terus jatuh hati kepada Aminah sebelum sepakat membuat keputusan mendirikan rumah tangga awal bulan lalu. - myMetro
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping