Adakah ini yang dinamakan sebagai pejuang hak rakyat yang selama ini dilaung - laungkan oleh Pakatan Pembangkang tu?
Kalau sebelum ini, isu di Kampung Buah Pala menjadi isu hangat kerana Kerajaan Rejim DAPigs yang diketuai oleh Biawak Guan Eng menghalau penduduk kampung tersebut.
Sekarang, mungkin tiba giliran penduduk Kampung Bukit Lanjan pula menerima nasib yang sama. Adakah mereka juga bakal dihalau dari rumah masing - masing?
Sebagai seorang wakil rakyat, takkan la Si Eli Wong tu boleh tak tau mengenai perkara ini? Takkan la dia hanya tau berkepit dengan Si Khalid Gagap tu je kot!!!
Nampak gayanya, makin berserabut la kepala otak Si Khalid Gagap nak menjawab persoalan ni nanti. Jangan sampai berserabut macam Si Eli Wong tu sudah la!!! Malu wei!!!
KUALA LUMPUR: Nasib 29 keluarga mendiami tanah rizab kerajaan di Kampung Bukit Lanjan, di sini, lebih 30 tahun lalu ibarat ‘telur di hujung tanduk’ apabila mereka berdepan kemungkinan mengosongkan kediaman berikutan projek pembangunan sebuah pasar raya besar di situ.
Ini kerana projek mega terletak kurang 50 meter dari kawasan itu sedang rancak dibangunkan ketika ini.
Semua penduduk itu menghuni rizab saliran dan rizab jalan manakala pemilik rumah yang mempunyai geran tanah sah sudah bergelar jutawan segera apabila menjual aset mereka.
Malah, pertemuan antara penduduk dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras, Datuk Muhammad Bushro Mat Johor baru-baru ini, tidak mencapai sebarang kata putus berikutan beliau tidak mempunyai kuasa.
Penduduk, Salmah Walaf, 59, berkata, apa diinginkan ialah diberi kediaman dan pampasan setimpal berikutan sudah mendiami kawasan itu sejak 35 tahun lalu.
“Saya hanya mahu rumah dan kalau boleh ia tidak jauh dari sini kerana di sini banyak nostalgia lalu.
“Malah, saya sudah habis lebih RM100,000 untuk membina rumah dan takkan kosongkan begitu saja, tanpa pampasan setimpal,” katanya.
Sejak projek dibangunkan tahun lalu, penduduk mendakwa sudah dua kali banjir lumpur berlaku selain penularan denggi.
Ini belum ditambah pencemaran bunyi dan udara kotor terpaksa disedut setiap hari serta risiko dilanggar lori pembinaan keluar masuk di situ.
Seorang lagi penduduk, Muhamad Nazri Mohamad, 37, berkata, akibat pembangunan itu, anak lelakinya dijangkiti denggi dan dimasukkan ke wad selama empat hari.
“Saya syak puncanya disebabkan pembangunan di belakang rumah saya. Sejak keluarga saya menetap di sini lebih 40 tahun lalu belum pernah kes denggi dilaporkan,” katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.