Selama hari ini, Pakatan Pembangkang kata mereka mewakili suara rakyat. Mereka sebenarnya memperjuangkan hak rakyat.
Atas sebab itu, mereka menggunakan nama 'Pakatan Rakyat' selepas berjaya menawan Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang.
Tiga parti komponen Pakatan Pembangkang tu beria - ia mendabik dada bahawa merekalah yang akan membela nasib rakyat dimasa akan datang.
Tapi, hakikatnya, mereka bukan 'Pakatan Rakyat'. Sebaliknya, mereka lah 'Penipu Rakyat'. Sebab apa? Sebab kerja mereka menipu je. Tak de kerja lain.
Apa yang dilaung - laungkan selama ini hanya Retorik semata - mata. Malah nama 'Pakatan Rakyat' tu pun tak sengaja direka selepas PRU ke 12.
Jadi, kalau betul la diorang ni mewakili suara rakyat, maka adalah wajar untuk mereka membatalkan Perhimpunan Bersih yang bakal diadakan esok.
Bukan dekat Melaka je diorang perlu batalkan. Tapi diseluruh Negara sebab rakyat jelas menolak perhimpunan seumpama itu.
Itu pun kalau diorang ni betul - betul mewakili rakyat la. Kalau tidak, memang sah la diorang ni semuanya PENIPU!!! Nama je Pakatan Rakyat. Tapi kerja asyik menipu je. Macam sial!!!
BANDA HILIR - Pemandu teksi di sekitar bandar ini gusar sekiranya perhimpunan Bersih 3.0 akan dianjurkan di Dataran Pahlawan, dekat sini, esok.
Mereka mendakwa tindakan penganjur mahu mengadakan perhimpunan serentak di lapan bandar utama di negeri ini bakal ‘menutup periuk nasi’ mereka pada hari tersebut.
Yang Dipertua Gabungan Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Negeri Melaka, Aziz Ahmad yang mewakili lebih 1,000 pemandu teksi di negeri ini membantah perhimpunan diadakan di bandar ini serta meminta penganjur membatalkan hasrat mereka.
“Kami membantah sekeras-kerasnya perhimpunan Bersih 3.0 ini kerana ia tenyata menjejaskan pendapatan pemandu teksi yang beroperasi di kawasan pelancongan,” katanya.
Menurutnya, selain kemungkinan sukar mendapat pelanggan, pemandu teksi juga bimbang perhimpunan itu akan menambahkan lagi kesesakan Bandaraya Melaka, sekali gus menyusahkan orang ramai serta pelancong luar.
“Ia juga akan menjatuhkan imej negeri Melaka di mata pelancong asing yang datang,” katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Melaka Tengah, di sini semalam.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.