Selasa, April 10, 2012


Alahai! Apa la nasib orang Melayu sorang ni ye? Memang nampak sangat la dia dah semakin terdesak nak cari kerusi untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Apa boleh buat ye tak. Dah elok - elok dapat jadi ahli Parlimen Indera Mahkota, dia sia - siakan begitu sahaja. Sampai sanggup dia merempat kat tempat orang.

Orang yang ada dalam kawasan dia pulak hanya dia dibiarkan begitu sahaja. Ibarat kera dihutan sanggup disusukan, anak dirumah, dia biar mati kelaparan.

Sekarang, bila PAS Terengganu halang dia dari mendapat kerusi tambahan untuk bertanding, mula la dia menggelupor tak tentu arah. Sampai sanggup dia jadi balaci DAPigs.

Ini ke contoh wakil rakyat yang nak dipilih jadi pemimpin dimasa akan datang? Perangai dah tak ubah macam Nurul Izzah.

Suka sangat buat kerja yang bukan - bukan. Rakyat jugak yang jadi mangsa, diabaikan begitu sahaja. Nak jadi pemimpin menda kejadahnya!!! Baik dia duduk rumah, tak de la menyusahkan orang sangat!!!
Ramai pihak terutamanya pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat terkejut dengan kenyataan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail (foto) yang sedia bertanding atas tiket DAP jika parti itu memberi laluan kepadanya berbuat demikian pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti.

Azan bercakap demikian dihadapan orang ramai ketika hadir ke program anjuran parti itu di Restoran Sekilau Seafood, Jalan Hj.Ahmad dekat sini Sabtu lalu. 

Menurut seorang pemimpin politik setempat yang tidak mahu namanya disiarkan, tindakan Azan itu jelas membuktikan beliau kini sudah semakin terdesak untuk mencari kerusi pada PRU-13 ini. 

Populariti Azan semakin merudum bila kehadirannya yang mahu memantapkan Parti Keadilan Rakyat(PKR) di Terengganu akhirnya dipandang sinis oleh kepimpinan PAS di sana. Ia ditambah lagi dengan tindakan Azan yang mahukan PKR bertanding di tiga kerusi parlimen dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu. 

Tindakan Azan itu cukup tidak disenangi oleh kepimpinan PAS Terengganu. Malah ada yang mahu PKR "cermin diri"dulu sebelum berangan-angan untuk bertanding sebegitu banyak kerusi di negeri tersebut. 


Ada yang mendakwa, tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar Azan ke Terengganu adalah satu kesilapan besar buat PKR. 

Azan bukan sahaja ditolak oleh majoriti pimpinan PKR Cabang di negeri itu, malahan juga oleh PAS sendiri. Maknanya, Azan gagal membuat perubahan terhadap PKR Terengganu selepas dia dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) itu. - seterusnya, klik disini.
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. Kesiannya..Nak kan elaun punya pasal sanggup menjadi barua dan pacacai..belajar la dulu camner nak jadi pemimpin..ni tak dah dapat jawatan..muka terus ilang..muka mula timbul bila sokongan rakyat diperlukan..baik ko terjun sungai pahang jee laa

    BalasPadam
  2. dulu masa thn 2008 masa di madinah aku ternampak mamat ni buat umrah dgn family dia. dia satu hotel dgn aku, langsung dia tak bertegur sapa dgn jemaah lain almaklum la MP konunn. tapi di takdirkan masa dia dlm perjalanan ke mekah kereta yg dia sewa khas tayar pancit, didlm ribut pasir ditengah panas terik.

    kami yg lain2 dlm bus alhamdulillah perjalanan selamat sampai ke mekah utk tunaikan umrah pertama. fikir2kan la kenapa nasib jadi begitu di tanah suci para ambia.

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama 9:25 PG - itulah yang dinamakan Khifaratullah...

    Yang ini pun dikira Khifaratullah juga bagi mereka yang memahaminya...

    Akibat dia mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat, maka dia hilang hak untuk jawatan tu...

    Semoga kita sentiasa beroleh Pedoman...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping