Hah!!! Siapa sangka ye tak. Himpunan Bersih yang dijadualkan berlansung hari Ahad ni rupanya dah bermula hari ini. Lokasinya: Dataran Merdeka.
Siapa yang tak turun memang rugi besar la diorang. Memang terlepas la nak sertai perjuangan suci Pakatan Pembangkang tu.
Tambah memalukan, Bersih yang diadakan hari ini bukan dianjurkan oleh Si AmbiGampang atau pun Pakatan Pembangkang tu.
Sebaliknya, ia dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam Ops! Bersih pendemo PTPTN yang dok menyemak kat Dataran tu!!!
Hakikatnya, tuntutan mereka tu ternyata hanya membuangkan masa sahaja. Bukannya ada faedah pun!!! Jadi memang patut sangat la diorang diiktiraf sebagai SAMPAH MASYARAKAT!!!
SHAH ALAM - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan tegas dengan 'mengusir' aktivis-aktivis yang terus berkhemah - masuk hari ke-11 - di Dataran Merdeka, awal pagi tadi.Pemimpin-pemimpin mahasiswa yang menuntut pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan aktivis Occupy Dataran menerusi SMS dan Twitter memberitahu bahawa DBKL mengambil tindakan keras sekitar jam 6.15 pagi tadi."DBKL datang pukul 6.15 pagi ketika semua 'occupiers' sedang tidur dan merampas semua barang termasuk khemah," kata mesej akaun Twitter occupydataran sebentar tadi.Satu lagi mesej occupydataran berkata, DBKL memagar kawsan perkhemahan dan menghalau semua mereka yang berkhemah keluar dari kawasan Dataran Merdeka.Kata mesej akauan itu lagi, DBKL tidak memberi cukup masa untuk kepada mereka untuk mengambil barang-barang peribadi."Ada orang yang IC (kad pengenalan) dirampas juga," dakwa satu lagi mesej menggunakan akaun occupydataran."Mahasiswa mengoyakkan pita DBKL yang mengelilingi pagar," kata mesej susulan.Aktivis yang menuntut pemansuhan PTPTN dan Occupy Dataran berkhemah di Dataran Merdeka sejak 14 April lalu. Bagaimanapun aktivisi mahsiswa memprotes PTPTN berehat sementara sejak petang Jumaat lalu hingga Ahad.Tindakan pagi ini dilakukan sehari selepas kenyataan media dikeluarkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur semalam.Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata, DBKL sedang menyediakan kertas siasatan beserta bukti dan saksi untuk diperakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap wakil kumpulan mahasiswa yang didapati melanggar peraturan yang ditetapkan berhubung tindakan berkumpul dan mendirikan khemah di Dataran Merdeka.Ahmad Fuad berkata, DBKL mempunyai bukti lengkap berhubung salah laku yang dibuat oleh kumpulan berkenaan walaupun sudah diberikan nasihat dan amaran supaya menghentikan tindakan mereka.
toing7x.......terbaik....sepatut tindakan awal lagi depa dah buat lagu tu.....tok guru aku pesan, jadikan diri kamu umpama sebatang penyapu dan jng segan pegang penyapu.
BalasPadam