Selasa, April 24, 2012


Yakin tawan Putrajaya? Wakakakaka!!!! Berguling - guling Semut dan beberapa orang sahabat gelak bila baca kenyataan dari seorang Exco Pakatan Pembangkang ni.

Dia kata Pakatan Pembangkang tu cukup yakin untuk menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Malah Negeri dibawah pemerintahan diorang pun akan kekal.
SHAH ALAM - Sekiranya Barisan Nasional (BN) yakin menawan Negeri Selangor dan Kedah, Kerajaan Negeri pula, yakin Pakatan Rakyat (PR) mampu menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), nanti.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata, kenyataan Setiausaha Agung BN, Tengku Adnan Tengku Mansor itu tidak tepat.
Menurutnya, berdasarkan pemantauan jentera PR di negeri ini, jumlah sokongan terhadap Kerajaan Negeri semakin meningkat berbanding 2008 lalu.
“Kita yakin bukan sahaja Selangor dapat dipertahankan, malah Putrajaya pun mampi ditawan oleh PR dalam pilihan raya akan datang.
“Ini kerana jumlah sokongan yang diterima oleh PR semikin meningkat termasuk peningkatan pengundi Cina sebanyak 80 peratus dan pengundi Melayu hampir 60 peratus," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Kalau yakin nak tawan Putrajaya, kenapa takut nak bubarkan Parlimen? Kenapa Si Mahfuz tu mendesak YDP Agong agar tidak memperkenankan pembubarannya?

Kalau diorang rasa yang diorang mampu untuk mempertahankan Negeri - Negeri dibawah Pemerintahan mereka, kenapa tak nak bubarkan DUN serentak?

Adakah itu semua bukti bahawa mereka mempunyai keyakinan penuh dalam usaha untuk menawan Putrajaya atau sekadar satu alasan yang tak masuk akal!!!

Nampak sangat la taktik Pakatan Pembangkang ni semuanya hanya menunjukkan yang diorang semakin gentar untuk kehilangan kuasa.

Keluarkan kenyataan yang KONONnya diorang ni yakin untuk tawan Putrajaya pun hanya untuk menaikkan semangat dikalangan ahli je sebenarnya. Bukannya orang tak tahu!!!

Sudah la!!! Jangan la asyik nak menipu rakyat je kerjanya. Rakyat pun bukannya buta sangat untuk tidak melihat perkara sebenar yang sedang berlaku.

Agenda diorang pun semakin hari semakin terserlah GAGAL dilaksanakan!!! Jadi, untuk apa lagi diorang nak menipu rakyat ni!!! Dah tak de kerja lain ke!!!

Ps: Kalau baca artikel penuh, tak pulak disebut mamat kat atas tu Exco kerajaan Negeri mana. Mungkin diorang takut malu dengan kenyataan tu kot. Pasal tu la diorang tak letak Exco dari mana!!! Hahahaha!!!
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Ni exco kerajaan negeri selangor..Lepas PRU 13, dia menganggur lah..

    BalasPadam
  2. exco nie adun tempat aku yakni DUN CEMPAKA.... gembang gempak padahal kalau nak tahu dia nie MALAS.... turun jumpa RAKYAT pun kadang2 jer.... sekarang nie pun kat tempat dia dah ura2 mengatakan yg PAS BAKAL BUNGKUS.... aku org kg pandan untuk apa aku menipu tak dapat duit pun...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping