Khamis, April 12, 2012


Ni kisah dari dua berita yang disiarkan hari ini. Satu mengenai penyenaraian Felda Global Venture Holding yang sengaja diPolitikkan oleh sesetengah pihak.

Kata Tan Sri Isa Samad, bantahan terhadap penyenaraian itu hanya bermotifkan Politik tanpa memikirkan kesan ekonomi dan juga peluang yang bakal dimiliki oleh warga Peneroka.
"Sepatutnya mereka bagi cadangan yang lebih baik dari segi ekonomi untuk kebaikan Felda dan peneroka, tapi kini mereka hanya menentang semata-mata untuk kepentingan politik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Sembilan (DPMMNS) kali ke-38 di sini, hari ini.
Isu kedua pula ialah mengenai Suruhanjaya Pilihan Raya yang digesa agar meletakkan jawatan ekoran desakan dari pihak BERSIH pimpinan Ambiga.
“Bersih 2.0 adalah pertubuhan yang tidak sah, siapa mereka untuk mendesak kami meletak jawatan?, panel-panel SPR dilantik mengikut Perlembagaan Malaysia.
“Mereka hanya suara minoriti, sedangkan majoriti di luar masih lagi mempercayai SPR,” katanya kepada Sinar Harian hari ini. Wan Ahmad juga menyangkal dakwaan pihak terbabit yang mengatakan mereka gagal membawa perubahan dalam sistem pilihan raya di negara ini.
Apa yang herannya, takkan la kedua - dua tokoh tu tak tau bahawa isu tu hanya menjadi modal politik puak - puak Pakatan Pembangkang?

Orang dari kalangan Pakatan Pembangkang ni bukan tahu nak buat kerja lain dan diorang pun memang tak de kerja lain yang nak dibuat.

Selagi benda tu membawa keuntungan kepada diri diorang, itu sahaja sudah cukup memadai. Diorang bukannya nak memperjuangkan rakyat sangat.

Macam contoh isu Felda. Kenapa selama hari ini diorang sibuk mempertikaikan segala tindakan Kerajaan tanpa memberi sebarang cadangan untuk penambah-baikan?

Kalau betul diorang nak memperjuangkan hak warga peneroka, kenapa diorang sendiri tak ambik tindakan sewajarnya? Sekadar janji nak bagi tanah Felda Plantation menda jadahnya.

Sewajarnya, diorang mencari alternatif lain untuk membantu warga generasi kedua ni. Atau adakah mereka hanya nak tengok orang Melayu jadi Peneroka sahaja?

Pasal isu Bersih tu pulak, apa hak diorang nak suruh SPR letak jawatan? Apakah selama hari ini, SPR tidak menjalankan tugas mereka dengan baik?

Kalau SPR tak buat kerja diorang dengan betul, jadi kemenangan Ahli Parlimen dan kejayaan mereka menawan Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan juga tak betul.

Maka itu pun perlu jugak mereka bantah. Tapi, kenapa yang itu diorang sikit pun tak bantah? Kan nampak sangat peliknya tu.

Dah sah puak - puak Pakatan Pembangkang ni memang suka buat kerja - kerja yang tak masuk akal. Semuanya untuk kepentingan diri mereka sahaja. Bukannya untuk Kepentingan Rakyat!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping