Khamis, April 12, 2012


Si Rafizi Jambu tu ditanya mengenai tanggungjawab Kerajaan Negeri Selangor memberikan pendidikan percuma kepada pelajar di Unisel.

Sebab Unisel berada dibawah pemerintahan Kerajaan PKR. Jadi, diorang boleh buat perkara tersebut memandangkan keuntungan Negeri mencapai berbilion ringgit.

Kenapa pulak dia kata PTPTN ni setakat tanggungjawab Kerajaan Pusat sahaja? Kalau macam tu, apa pulak tanggungjawab Kerajaan Negeri?

Adakah Kerajaan Negeri dibawah Pakatan Pembangkang semuanya tak bertanggungjawab belaka? Takkan diorang nak lepas tangan begitu sahaja?

Sudah la diorang GAGAL nak bagi pendidikan percuma. Yayasan Selangor yang sedia ada tu pun dah jadi entah apa - apa. Pun diorang sibuk nak bagi pendidikan percuma?

Setakat cakap je boleh la. Buat mengabihkan air liur. Bila suruh buat, macam - macam pulak alasan yang diorang bagi.
"Ini tanggungjawab kerajaan pusat kerana kerajaan pusat yang tubuhkan tabung PTPTN untuk memberikan pinjaman, kalau kerajaan Selangor membuat satu tabung pinjaman sudah ada dua tabung yang berbeza, pendapatan kerajaan negeri cukup rendah dan kuasa yang terbatas.


"Kita perlu mengambilkira daripada segi undang-undang tubuh persatuan, ada akta tertentu tidak membenarkan kerajaan negeri memberikan pinjaman, persoalan mengapa Selangor tidak memansuhkan pinjaman PTPTN di Unisel itu lari daripada persoalan nasional yang besar," katanya ditemui pemberita selepas program Rundingcara "PTPTN dan masa depan pembiayaan pendidikan tinggi anjuran penasihat Ekonomi Selangor di sini malam tadi.



Pada sesi dialog itu, Rafizi yang juga Pengarah di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor berkata  kerajaan negeri Selangor tidak mempunyai pengalaman dalam membangunkan dan menguruskan universiti dalam negeri.



"Unisel hanyalah IPTS walaupun dinaik taraf kepada universiti, saya tidak setuju Unisel ditubuhkan kerana menelan kos perbelanjaan sebanyak 56 juta, lebih baik mahasiswa Unisel dihantar ke Universiti Malaya (UM) kerana IPTS di negeri ini tidak mempunyai kualiti," katanya.



Menurut beliau, pembiayaan pendidikan oleh negeri tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya kerana ia terikat kepada akta tertentu, seperti akta pinjaman dan akta pencegahan pengubahan wang haram.



Mengulas lanjut isu tersebut, Rafizi berkata universiti seperti Unisel dan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sebenarnya merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) walau dikatakan sebagai “universiti negeri.” - Sumber
Sama la dengan agenda nak tutup kilang arak tu. Sampai hari ni, dicabar suruh tutup pun diorang tak tutup jugak. Kalau dulu berjanji macam mana?

Kot diorang nak kata yang Kerajaan Negeri tak mampu, nampak sangat la menipunya sebab tanah tu atas Kerajaan Negeri. Jadi, mustahil diorang kata diorang tak boleh buat.

Semua tu hanya alasan diorang je sebenarnya. Saja nak bagi alasan supaya rakyat tak nampak keGAGALan diorang dalam melaksanakan janji.

Sebab berjanji ni semua orang pun boleh. Bercakap, budak tadika pun reti!!! Tapi bab nak melaksana, macam haram!!! Satu HAPAH pun diorang tak buat!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Tak jawab sbb x tau nak jawab mcm mana.. Itulah bila buat dasar ikut suka hatim bkn ikut kajian teliti...

    KERAJAAN PAKATAN SELANGOR HALAU MELAYU KELUAR BANDAR! IKTIBAR BUAT PENDUDUK KG BHARU. Baca di sini...

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping