Khamis, April 05, 2012


Ps: Inlah akibatnya kalau suka buat kerja tak pakai otak. Kan dah kena lempang dengan rakan sendiri. Baru Padan Muka Dia!!!
Sinar Harian - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang Mohammad Nizar Jamaluddin mengakui telah menandatangani surat bertarikh 17 Dis 2008 berhubung sokongan terhadap projek pusat pengagihan bijih besi Vale International dan kesahihan kandungan surat  berkenaan.


Perkara itu diakuinya selepas Tan Sri Tajol Rosli Ghazali (BN-Pengkalan Hulu) yang menggunakan Perintah Tetap 23 (c) meminta Adun Pasir Panjang itu menyatakan sama ada kandungan surat yang dibacakan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebelum itu benar atau sebaliknya.



"Saya mengakui surat itu sahih, benar dan saya yang menandatangani surat berkenaan. Surat itu adalah benar," kata Nizar pada hari kedua persidangan Dun Perak hari ini.



Terdahulu, ketika menjawab soalan Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) Zambry berkata, isu berhubung kelulusan terhadap pelaburan projek pengagihan bijih besioleh Vale International di Perak sepatutnya dijawab oleh Nizar kerana beliau menjadi menteri besar ketika itu.



Ngeh mahu penjelasan mengapa kerajaan Barisan Nasional (BN) meluluskan projek bijih besi itu di Teluk Rubiah, Lumut sedangkan kerajaan negeri di bawah pimpinan pakatan pembangkang telah mencadangkan di Tanjung Hantu, Bagan Datoh.



Zambry berkata, soalan yang dikemukakan oleh Ngeh menimbulkan kehairanan kepadanya kerana isu pelaburan Vale di Perak yang dimainkan bagi kepentingan politik pembangkang sepatutnya ditujukan kepada Nizar yang bertanggungjawab sebagai menteri besar semasa pentadbiran pembangkang.



"Isu ini dimainkan oleh pakatan. Nizar bersungguh-sungguh mendakwa tidak pernah langsung bersetuju dengan projek ini, beliau mendakwa projek itu dicadangkan di tempat lain... lantas pelaburan Vale di Teluk Rubiah telah menjadi isu," katanya.



Beliau menjelaskan Vale sebelum itu telah membuat kajian bagi pelaburan itu di Thailand, Vietnam, Filipina serta Malaysia dan akhirnya pada 2007 syarikat berkenaan memuktamadkan projek itu akan dijalankan di Perak, Malaysia kerana mempunyai persekitaran yang lebih kondusif.



"Mereka menjalankan kajian teknikal khususnya mengenai kedalaman dasar laut terutama bagi laluan kapal-kapal besar. Kawasan di Teluk Rubiah didapati paling sesuai dengan saiz keluasan tapak dan kedalaman dasar laut," katanya.



Selepas melalui proses rundingan dengan beberapa pihak, Vale akhirnya mencapai kata putus mengenai rundingan dengan Harta Makmur Sdn Bhd yang merupakan pemilik kepada tanah di Teluk Rubiah dan menteri besar pada ketika itu telah mengeluarkan surat sokongan kepada projek itu bertarikh 17 Diember 2008, katanya.



"Kandungan surat itu akui bahawa projek Vale itu akan mendapat lessen pelaburan dan insentif. Surat itu turut memaklumkan Perak berasa sukacita apabila dimaklumkan mengenai perkembangan positif antara Vale dan Harta Makmur berhubung tapak tanah. Selain itu, Perak akan memproses pindah milik itu dan tukar syarat tanah daripada pelancongan kepada industri," katanya.



Dengan penjelasan berhubung isu projek pelaburan Vale yang dicetuskan Pakatan Rakyat itu, Zambry berkata, dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negeri, kelakuan pembangkang membuat tomahan, fitnah dan tuduhan tidak berasas adalah tidak wajar.



Beliau berharap projek pelaburan bijih besi oleh Vale itu akan menjadi penjana ke arah pertumbuhan yang besar kepada negeri Perak dan tidak dijadikan bahan serta gadaian politik murahan sehingga ada Adun pembangkang yang terlibat dalam demonstrasi di Teluk Rubiah baru-baru ini.



Pada Sabtu lepas, Nizar, Ngeh dan Adun Tronoh V. Sivakumar menyertai 100 anggota Jaringan Aktivis Alam Sekitar Perak (JAASP) mengadakan bantahan operasi syarikat bijih besi Vale SA di Teluk Rubiah yang didakwa akan memusnahkan alam sekitar di kawasan itu.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping