Sekadar Gambar Hiasan |
Syukur, Alhamdulillah. Pepagi Sabtu ni dengar berita macam ni pun bagus jugak. Terasa tenang sikit hati bila melihat ada golongan ni yang dah kembali insaf.
Sesungguhnya, pintu taubat tu sentiasa terbuka selagi manusia itu mahu melaluinya. Tapi, jangan pulak bila dah dapat hidayah, dia jadi angkuh dan bongkak.
Tak de la macam sesetengah orang tu. Baru nak kenal Islam, dah mula nak membanggakan diri macam dia sorang je yang Islamnya. Apa, dia ingat orang lain ni jahil sangat ke?
Tak berguna sesuatu hidayah tu diberikan kepada seseorang jika tujuan dia hanya untuk meninggi - ninggikan diri dan merendahkan orang lain!!! Takkan itu pun dia tak tau kot? Apa, Tok Guru tak ajar ke bab tu!!!
KUALA LUMPUR: “Saya serik dan takkan sesekali kembali ke keadaan itu. Saya lebih tenang kini walaupun hidup tidak mewah,” kata Amirah, 19, bekas pelacur yang diselamatkan beberapa minggu lalu.
Dia mendakwa mampu memperoleh pendapatan hampir RM10,000 seminggu dengan melacurkan diri, tetapi semua itu tidak memberi sebarang makna kepadanya.
“Kini saya hanya memperoleh RM350 sebulan saja sebagai pembantu kedai, namun saya cukup bahagia,” katanya.
Selepas hampir dua tahun bergelumang dosa, dia kembali ke pangkal jalan selepas menghubungi Unit Kebajikan dan Sosial Bekas Anak Jabatan Kebajikan Masyarakat, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (Perbak) yang kemudian mengeluarkan dia daripada ‘sarang’ pelacuran di ibu negara.
Kisah hitam hidupnya bermula selepas melarikan diri daripada rumah keluarga angkatnya di Tampin, Negeri Sembilan dua tahun lalu sebelum dinodai beberapa lelaki dikenali sewaktu menjadi pelayan di sebuah kelab malam
Ps: Akhirnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat jugak yang selamatkan maruah gadis ni. Yang PAS dok bangga kata dia memperjuangkan agama tu buat apa?
Setakat tengok dan tau kritik aje ke? Kalau setakat itu je yang diorang buat, baik tak payah!!! Buang masa je tuduh orang tak buat kerja!!! Padahal diorang pun tak de buat apa - apa jugak!!! Pejuang menda kejadahnya kalau macam tu!!!
Dia orang memang tahu bercakap Je.Macam Ekonomi,aku sejak 22tahun dulu,mula2 dengan ceramah mat sabun kt markas Pas di Mentara,Dia kata x lama lagi negara nak bengkrap,dah 22 tahun tiap2 ceramah modal u juga,yang aku x pernah dengar,macam mana dia orang nak perbaiki ekonomi kalau betul dia orang dapat memerentah!
BalasPadam