Sabtu, April 07, 2012

Diantara Peserta Yang Sertai Perhimpunan Mendaftarkan Diri
Uik!!! 'Advance' sungguh Kerajaan Negeri Terengganu ni ye. Orang baru je merancang nak buat himpunan hujung bulan, diorang dah buat dulu?

Tapi, jangan salah sangka pulak ye. Himpunan yang dibuat ni bukan la himpunan yang sama macam yang dijadualkan oleh puak - puak Ber-Shit tu.

Sebaliknya, himpunan ini adalah diantara program yang dianjurkan sempena nak menyambut Hari Belia Negara 2012 yang akan datang.

Dalam himpunan ni telah diadakan beberapa acara yang termasuk Karnival Pendidikan dan Kerjaya bagi belia - belia di sekitar Negeri Terengganu.

Itulah tujuannya menjadi Kerajaan ni. Memberikan peluang pendidikan dan juga peluang pekerjaan kepada rakyat. Bukannya sekadar tahu nak pertikai je, tapi HAPAH pun tak dibuat untuk rakyat!!!
Kemaman 1 April 2012 - Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Terengganu dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Kemaman telah menganjurkan Karnival Pendidikan dan Kerjaya Belia Negeri Terengganu bermula 29 Mac hingga 1 April 2012.   
Karnival yang bertempat di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman Terengganu ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Wan Ahmad Nizam bin Wan Abdul Hamid, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Terengganu pada 29 Mac 2012.
Sebanyak 44 ruang pameran telah disediakan oleh pihak penganjur untuk agensi kerajaan, swasta, IPTA, IPTS dan Sekretariat Hari Belia Negara 2012 telah dijemput untuk bersama-sama memeriahkan karnival tersebut. 
Karnival yang berlangsung selama 4 hari itu telah diisi dengan program-program seperti Forum Mahasiswa, Seminar Kerjaya, Seminar MUET, Seminar U-Matching, Khidmat Nasihat UPU Online dan Pameran Pendidikan & Kerjaya. 
Gerai Pameran Hari Belia Negara telah mendapat kunjungan yang sangat menggalakkan daripada peserta-peserta karnival yang majoriti terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 4, 5, pelajar pra-universiti dan juga belia-belia yang sedang mencari kerjaya setelah tamat belajar. 
Maklum balas yang diterima daripada belia-belia Kemaman untuk turut hadir memeriahkan Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya Mei ini ternyata memberangsangkan. 
Mereka juga menunjukkan tanda sokongan dengan megisi borang pada poskad yang disediakan serta meluangkan sedikit masa untuk me’like’ Facebook Hari Belia Negara 2012. - Sumber
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping