KEGIATAN REJIM DAPigs TUMPAS!!!
KUALA LUMPUR - Lima wanita berhimpit di dalam rak selama sejam semata-mata takut dicekup polis dalam serbuan di dua pusat hiburan di Taman Puchong Mesra, di sini, kelmarin.
Bagaimanapun, tempat persembunyian itu dihidu sebelum mereka menyerah diri.
Operasi dilancarkan Cawangan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur selepas mendapat maklumat dan kerjasama orang awam yang membongkar aktiviti pelacuran di pusat hiburan terkenal itu.
Dalam operasi bermula jam 12 tengah malam itu, seramai 55 wanita warga asing berusia 22 hingga 35 tahun dipercayai pelacur ditahan.
Siasatan awal terhadap 40 wanita warga China dan 15 warga Vietnam mendapati mereka menggunakan pas lawatan sosial dan pas pelajar untuk memasuki negara ini.
Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Azman Mat Isa, berkata pusat hiburan itu pernah diserbu lebih tujuh kali sepanjang tahun ini, namun masih tidak serik dan terus beroperasi.
Semua wanita terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras sebelum diserahkan ke Jabatan Imigresen, katanya.
Beliau berkata, tindakan turut akan diambil terhadap pemilik premis hiburan terbabit kerana menjalankan kegiatan haram. HMETRO
Ps: Makin meroyan la puak - puak Rejim DAPigs ni bila aktiviti dan kegiatan haram diorang ditumpaskan oleh Pasukan Polis.
Tak heran la kenapa golongan yang macam ni sanggup sertai perhimpunan Haram anjuran puak - puak Pakatan Pembangkang tu dulu.
Semuanya tak puas hati belaka sebab periuk nasi diorang kena kacau. Tak pun, tokeh - tokeh diorang yang suruh diorang keluar dan ikut sama dalam bantahan.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.