Selasa, April 17, 2012


Ps: Malas nak ulas panjang - panjang. Kang kalau buat komen beria sangat, orang marah pulak. Jadi, korang baca je la ayat yang keluar dari mulut Menteri Besar Kelantan ni.

Cuma satu je yang Semut nak ingatkan. Kalau dah Menteri Besar dikalangan pemimpin Pembangkang pun buat benda macam ni, jadi, macam mana diorang nak jaga Kebajikan Rakyat dimasa akan datang!!! Korang fikir la sendiri!!!
KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan tidak akan melayan tuntutan lebih 400 penduduk Orang Asli dari Hulu Kelantan yang mengadakan demonstrasi secara aman Ahad lepas kerana mendakwa demonstrasi itu didalangi pihak luar.


Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya berkata tindakan masyarakat itu yang mengadakan tunjuk perasaan hanya berdasarkan kepada perasaan iri hati dengan kejayaan Kelantan yang selama ini melaksanakan tuntutan seperti yang diminta.

"Ini (demonstrasi) dilakukan oleh Jaringan iaitu pihak luar yang bukannya di bawah Kelantan. Kita dah buat di Kelantan.

"Ini semua kerana iri hati kerana penyelesaian yang telah dibuat di Kelantan. Nak jumpa buat apa. Kalau rakyat Kelantan saya jumpa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Ijtimak Al-Malak Kelantan 2012 di sini, hari ini.

Ahad lalu, lebih 400 penduduk Orang Asli dari Hulu Kelantan mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan pintu masuk pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, bagi menuntut janji yang dibuat kerajaan Pas Kelantan berkaitan tanah adat mereka.

Kumpulan itu dari 26 pos penempatan sekitar jajahan Gua Musang, diketuai Pengerusi Jaringan Orang Asal Kelantan, Azmi Badol berhimpun kira-kira setengah jam sejak pukul 9 pagi, turut menuntut supaya kerajaan negeri mengembalikan tanah adat mereka seperti dijanjikan sebelum ini.

Mengulas perkara itu lagi, Nik Abdul Aziz mendakwa mengetahui dalang sebenar di sebalik tunjuk perasaan itu tetapi enggan menjelaskan siapa dalang yang dimaksudkannya.

"Kalau hak luar (mengadakan demonstrasi) pening kepala saya. Kalau (Orang Asli) rakyat Kelantan dia dah tarik balik pun tuntutan itu. Saya tak nak sebut (siapa dalang)," katanya.
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Memang patut pon tak payah layan. Sebab bukan orang2 terbabit secara langsung pon yang terlibat.

    BalasPadam
  2. nak layan buat ape kalo dah thu yang buat demonstrasi tu bukan rakyat kelantan.....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping