Ps: Teringat pulak lawak dalam filem Pendekar Bujang Lapok tu. Bila Ahmad Nisfu datang, macam - macam alasan diorang bagi.
Si Ahmad Nisfu tu datang nak tuntut hutang. Si Bujang Lapok tu pulak pandai je bagi alasan. Tok Penghulu Cirit Birit la, Polis baju basah la. Macam - macam.
Mungkin esok pun Si Fuziah Thoron tu jugak akan bagi seribu satu alasan bila pihak Lynas nak bentangkan taklimat buat kali pertama depan PSC.
Maklum la. Kalau dia datang, nanti habis la modal dia nak jadikan isu kilang tu sebagai bahan Politik dia di Kuantan. Bila tiba Pilihan Raya esok, apa lagi isu yang mampu dibangkitkan?
Tapi, tak heran sangat dengan geng - geng Pakatan Pembangkang ni. Mungkin dalam mesyuarat atau taklimat tu diorang boleh bersetuju.
Malah dalam membuat keputusan PSC pun diorang juga akan angguk kepala je. Tinggal lagi, bila keputusan dah keluar dan dibentangkan di dewan, mula la diorang buat kecoh!!!
Lepas boleh la diorang buat tuduhan yang bukan - bukan. Diorang akan kata yang Kerajaan ni Zalim, tak hirau keselamatan rakyat la, itu la, ini la dan sebagainya.
Kalau betul la Kerajaan ni zalim, menda kejadahnya dia buat PSC ni!!! Kot itu pun diorang tak tau jugak, entah la!!! Baik berenti je jadi Ahli Parlimen kalau macam tu!!! Jadi pun buat mengabihkan masa je. Bukannya nak memperjuangkan rakyat sangat pun!!!
KUANTAN, 3 April (Bernama) -- Lynas Corporation Ltd berhasrat memberi taklimat kepada anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung operasinya yang didakwa mematuhi semua peraturan tempatan dan piawaian antarabangsa.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Lynas Corporation Ltd Eric Noyrez berkata adalah penting syarikat itu memberi semua butiran kepada PSC bagi mengetepikan maklumat mengelirukan berhubung Loji Bahan-Bahan Maju Lynas (LAMP) yang akan siap dan sedia beroperasi dalam tempoh tiga minggu.
"Kami tidak mempunyai niat untuk membuang sisa kerana melihatnya mempunyai nilai dan telah membangunkan teknologi untuk menjadikan ia barang yang boleh dijual. Semua ini dilakukan pada skala percubaan dan makmal, menggunakan antara 100 dan 200 tan bahan mentah," katanya kepada media pada sesi taklimat dan lawatan ke tapak LAMP di sini.
Pada sesi itu, Noyrez turut menunjukkan bacaan radioaktif garam halus dan gas mantel pijar, yang menyaksikan tahap keradioaktifan lebih tinggi berbanding tiga sisa yang terhasil ketika pemprosesan nadir bumi.
Beliau berkata sisa itu akan dijadikan produk berdaya maju daripada segi ekonomi seperti papan plaster, baja serta bahan asas tegar bagi pembinaan jalan raya, dan ini sekaligus akan menjadikan isu tapak pelupusan kekal tidak relevan.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.