Ahad, April 15, 2012


Halamak!!! Apa pasal la Si Ketua Penipu ni banyak sangat makan Semut ni. Nanti habis la keturunan Semut kat dunia ni. Macam mana Semut nak balun puak Pakatan nanti?

Jangan salah sangka. Itu semua hanya satu perumpamaan sahaja. Kata orang tua - tua, banyak makan Semut ni, nanti orang tu jadi pelupa.

Maka, Si Ketua Penipu tu pun mungkin la dah makan banyak sangat Semut bila dia lupa pasal isu PTPTN ni seperti mana yang didedahkan oleh Tun Mahathir.

Tapi nak buat macam mana ye tak. Orang yang GILA KUASA macam Si Ketua Penipu tu memang suka buat kerja yang bukan - bukan. Rasanya bukan setakat semut je yang dia makan. Semua benda pun dia balun jugak. Bukan kira Halal dan Haram!!!
SINTOK - Tiada pelajaran percuma bagi pengajian di institusi pengajian tinggi di negara ini seperti mana yang boleh diperoleh di negara-negara maju lain, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Biarlah, mereka (negara-negara luar) kaya, mereka boleh bagi (pendidikan) secara percuma...Kita boleh mansuhkan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), tapi orang yang minta mansuh sahaja terlibat.

"Orang yang tidak minta PTPTN dimansuhkan, kita boleh bagi," katanya pada sidang media selepas sambutan Hari Pengasasan Ke-28 Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini, hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu mengulas cadangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu memansuhkan pinjaman PTPTN jika dilantik menjadi Perdana Menteri selepas pilihan raya umum nanti.  

Beliau turut menyifatkan Anwar sebagai pelupa kerana PTPTN ditubuhkan pada 1997 dan ketika itu Ketua Pembangkang berkenaan merupakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

"Itulah Anwar... dia sendiri tak tau apa yang dia fikir, dia lupa," kata Dr Mahathir tanpa mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan.

Baru-baru ini sebuah akhbar tempatan melaporkan cadangan Anwar untuk memansuhkan PTPTN adalah sandiwara semata-mata kerana menurut pengendali blog RBF Online, hakikatnya Anwar merupakan individu yang bertanggungjawab meluluskan penubuhan PTPTN pada 1 Julai 1997.

Menurut blog itu, pada 1997, Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir telah mengambil cuti dua bulan lebih dan melantik Anwar yang merupakan timbalannya sebagai Pemangku Perdana Menteri.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. ye ke.. bukan najib (menteri pelajaran) yang baca akta tu di parlimen jam 9 malam 13 mei 1997....

    Tapi CHE DET tetap nak salahkan ANWAR....

    Kata MAHATHIR " Melayu MUDAH Lupa"

    "Itulah Anwar... dia sendiri tak tau apa yang dia fikir, dia lupa," kata Dr Mahathir

    SEKARANG... siapa yang lupa...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping