Semakin dekat desas desus pilihan raya umum dan semakin kuat khabar angin mengenainya bertiup, semakin kuatlah pihak pembangkang membuat janji-janji manis.
Malang, kesemuanya hanya tinggal manis pada bibir sahaja kerana hakikatnya ia adalah palsu dan sekadar halwa telinga semata-mata.
Paling kedepan dalam membuat janji-janji palsu ini ialah tidak lain dan tidak bukan Si Ketua Penipu tu sendiri yang menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat.
Impiannya untuk menjadi Perdana Menteri dan duduk di kerusi empuk Putrajaya masih hangat membara, walaupun sebenarnya semakin hari harapan tersebut semakin pudar.
Ke mana-mana sahaja dia pergi dalam siri ceramah dan jelajah bertemu penyokong, tidak ada bukti tentang kemajuan yang di bawa oleh Pakatan Pembangkang.
Antara janji pertama yang seringkali ditabur kepada orang-orang kampung ialah Pakatan Pembangkang akan menurunkan harga minyak sebaik sahaja dia jadi Perdana Menteri.
Lihat betapa teringinnya Si Ketua Penipu tu kepada jawatan Perdana Menteri hingga sanggup membuat janji yang tidak masuk akal.
Alasan yang diberi Petronas memperolehi keuntungan puluhan bilion ringgit setiap tahun dan atas alasan itu harga minyak seharusnya diturunkan.
Walaupun mendabik dada lapan tahun menjadi Menteri kewangan, malangnya dia hanya menunjukkan pemikiran cetek dan terlalu asas dalam hal pengurusan kewangan negara.
Kalau begitulah cara dia berfikir, tidak payahnya susah-susah menjadi Menteri Kewangan untuk mengeluarkan buah fikiran sebegitu rupa.
Semua rakyat faham, harga minyak petrol, disel dan lain-lain bahan api di dalam pasaran bergantung secara keseluruhannya kepada harga di pasaran dunia.
Walaupun Malaysia secara amnya masih menjadi negara pengeksport minyak mentah, namun harga bahan api di pasaran tempatan tetap berkait rapat dengan pasaran dunia.
Sebab itulah kerajaan tetap memberi subsidi dalam jumlah yang besar walaupun harga minyak terpaksa dinaikkan.
Cadangan dia untuk menurunkan harga minyak, tidak berpaksi kepada realiti kewangan negara dan pada jangka panjang akan melemehkan kedudukan ekonomi Malaysia.
Tengok saja macam mana mereka mentadbir Selangor. Selama ini, mereka bangga sangat dengan rizab kerajaan negeri telah mencecah lebih RM1.2 bilion di bawah pentadbirannya.
Tapi, dalam masa yang sama, mengapa perlu menambah hutang sebanyak RM200 juta hanya untuk mensubsidi air percuma yang dijanjikan kepada rakyat?
Jika setiap janji Pakatan Rakyat semasa kempen pilihan raya memerlukan penambahan hutang maka lambat laun negeri yang paling kaya sekali pun akan jatuh bankrap!
Ini baru air percuma, bagaimana pula dengan janji hendak beri percuma itu dan ini, seperti khairat kematian, pelajar univerisiti, bayi baru lahir, bantuan warga emas dan sebagainya.
Pakatan Pembangkang tidak pernah mendedahkan kepada rakyat sumber-sumber kewangan yang diperolehi dan bagaimana cara untuk mengotakan semua janji-janjinya itu.
Kini yang dibaca di dalam laporan media, mereka bercadang untuk menjual tanah dan aset negeri. Kononnya bagi tujuan Pembangunan.
Sampaikan bangunan dan tanah yang menempatkan pelajar miskin di bawah Yayasan Selangor di Kampung Pandan nak dijual kepada syarikat swasta.
Inilah caranya Si Ketua Penipu tu mengurus kewangan Negeri Selangor selaku Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Memang pandai sungguh!!!
Mungkin sebab itulah mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menganalisis Anwar sebagai seorang Menteri Kewangan yang GAGAL!!! Maklum la. Dah kerja dia menipu je, macam mana tak GAGAL!!!
mcm2 diaorg janji...janji mst ditunaikan..hehehe
BalasPadam