MELIHATKAN angin perubahan yang melanda rakan artis seangkatan dengannya, Julia Ziegler, 28, juga sudah bersedia untuk mengikut jejak mereka.
Bagaimanapun, bukanlah dalam masa yang terlalu hampir untuknya mengenakan hijab kerana dia perlu membuat persediaan secukupnya sebelum melangkah ke fasa baru dalam hidupnya.
Katanya, dia puas menikmati zaman remaja ketika menimba ilmu di Amerika Syarikat dan dia juga sudah mengecapi populariti lalu tiba masanya dia memikirkan kehidupan yang lebih bererti kerana kehidupan di dunia ini hanyalah sementara.
“Saya akan ke Makkah mengerjakan umrah bersama mama (Saminah Subari, 67), pada 16 Jun ini selama 11 hari dan sebelum menjejakkan kaki ke rumah Allah itu, saya membuat persediaan dengan bertanyakan kawan-kawan yang pernah ke sana dan membaca buku agama. Rasa tak sabar nak pergi kerana buan semua orang berpeluang menjadi tetamu-Nya.
“Setibanya di sana nanti, saya akan menumpukan seluruh jiwa raga saya dengan beribadah kepada-Nya. Antara doa yang akan saya panjatkan di Jabal Rahmah, semoga Dia mempertemukan saya dengan lelaki yang baik dan beriman agar dapat membimbing saya ke jalan yang diredai.
“Hati saya sangat tersentuh dengan kata-kata seorang teman, jika kita mengejar dunia, kita akan mendapat dunia semata-mata tetapi kalau kita mengejar akhirat, kita akan dapat kedua-duanya sekali iaitu dunia dan akhirat.
“Saya bersyukur kerana Allah membuka pintu hati saya untuk bermuhasabah diri memikirkan semula perjalanan hidup yang dilalui sepanjang 28 tahun saya menghirup udara di bumi ciptaan-Nya yang indah ini. Asas agama sudah ada, apa yang perlu saya lakukan sekarang mendalami ajaran Islam dan mencari maksud di sebalik agama yang suci ini.
“Doakan saya selamat pergi dan sekembalinya saya nanti, apa jua ketentuan-Nya akan saya terima dengan hati terbuka. Apapun perubahan yang berlaku, barangkali itulah yang terbaik buat saya.
“Saya suka melihat rakan yang sudah mengenakan hijab. Mereka bukan saja berubah imej dan penampilan, bahkan pertuturan serta tingkah juga berbeza daripada dulu,” katanya.
Ps: Semut harap sangat la Si Julia ni berubah menjadi ikon yang lebih baik dimasa akan datang dan menggunakan hidayah yang diterima sebaik mungkin.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.