Jumaat, April 20, 2012


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan mengulas saranan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri(DUN) bagi mengadakan pilihan raya serentak dengan kerajaan Persekutuan.

"Saya tidak nak jawab perkara-perkara itu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bersama barisan anggota Exco Selangor, di sini hari ini.

Anwar, ketika membuat saranan itu di perjumpaan pimpinan Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur semalam berkata Selangor tidak seharusnya menyertai pilihan raya yang akan datang sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya gagal membersihkan senarai daftar pemilih.

Bagaimanapun beliau tidak pula membabitkan tiga lagi kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Sebelum ini Abdul Khalid dilaporkan berkata Dun Selangor tidak akan dibubarkan meskipun kerajaan Persekutuan membubarkan Parlimen lebih awal dan hanya bersedia menyertai Pilihan Raya Umum ke-13 jika ia diadakan selepas Jun 2012.

Mengenai perjumpaan hari ini, Abdul Khalid berkata ia memberi tumpuan kepada pelbagai isu termasuk pembersihan daftar pemilih di Selangor yang melibatkan  rekod perpindahan kawasan tanpa pengetahuan pengundi.

Beliau berkata rombongannya meminta penjelasan mengenai peningkatan daftar pemilih yang meragukan di negeri itu sejak 2008, melibatkan pertambahan 34 peratus di Bukit Lanjan, 31 peratus di Subang, 31 peratus di Paya Jaras, 24 peratus di Serdang, 20 peratus di Seri Serdang, dan enam peratus di Pandamaran.

Khalid berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM5 juta untuk program pendemokrasian di bawah Geran Selangorku bagi membolehkan semua pihak dan individu tanpa mengira parti politik membuat bantahan berhubung pengundi yang meragukan.

Beliau berkata, selain itu kerajaan negeri akan melancarkan program Selangorku Bersih di mana kakitangan kerajaan negeri seperti Ketua Kampung dan JKKK akan ditugaskan membantu memastikan senarai daftar pemilih bersih dan teratur.

"Program ini adalah cara kerajaan negeri membantu SPR membersihkan senarai daftar pemilih khususnya di Selangor," katanya.

Ps: Kalau dah dasar penakut tu, penakut la jugak!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping