Khamis, April 05, 2012


Hanya itu sahaja persoalan yang mampu dibangkitkan tatkala Semut membaca laporan dalam My News Hub semalam. Ianya jelas dan tak perlu dipersoalkan lagi.

Isu berkaitan hubungan diantara isteri Si Azmin Ali ni dengan Si Ketua Penipu tu sudah menjadi satu tanda tanya dikalangan ahli Pakatan Pembangkang sendiri.

Bukan ahli biasa yang mula mempersoalkannya. Malah dari kalangan pemimpin tertinggi mereka sendiri yang mengajukan soalan tersebut.

Tinggal lagi, apa pula tindakan yang akan diambil oleh Si Azmin Ali ni terhadap dakwaan yang dibuat oleh kakaknya sendiri? Adakah dia hanya akan mendiamkan diri?

Kot ye pun dia nak ikut sangat jejak langkah Si Ketua Penipu tu, takkan la sampai maruah keluarga dia pun dia tak mampu jaga kot!!! Jangan la dok bagi alasan yang bukan - bukan!!!

Kalau apa yang didedahkan oleh Ummi Hafilda sebelum ini tidak benar dan hanya fitnah semata - mata, ambik la tindakan!!! Dia nak tunggu apa lagi!!! 

Takkan itu pun dia tak mampu nak buat? Tapi kalau bercakap dan tuduh orang tanpa sebarang bukti, bukan main lantang lagi dia. 

Sekarang dah kena batang hidung sendiri, baru dia tau!!! Takkan nak jadi Pemimpin DAYUS jugak!!! Kalau itu pun dia tak mampu nak buat, baik tak payah mimpi nak jadi pemimpin la woi!!! Duduk je kat rumah diam - diam, jangan menyusahkan orang!!!
KUALA LUMPUR – Ahli-ahli akar umbi Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini dilihat semakin hilang kepercayaan terhadap kepimpinan  parti itu apabila buat pertama kali dan secara terbuka, mereka menuntut supaya Azmin Ali menjawab segala dakwaan yang dikaitkan ke  atas beliau.
Ketua Penerangan PKR Ampang, Mohd. Isa Mohd. Saidi dalam satu sidang akhbar di sini hari ini turut meminta Timbalan Presiden itu  menyangkal semua tuduhan yang dilemparkan termasuk soal pemilikan saham dan hubungan isterinya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tegas beliau, Azmin digesa meninggalkan PKR jika gagal berbuat demikian dalam masa terdekat demi menjaga nama baik parti.
“Kami yakin Azmin tidak akan membisu dan berdiam diri jika tidak bersalah.
“Azmin perlu tampil menjawab segala tuduhan jijik yang dilemparkan secara berani dan ikhlas sekali gus mengambil tindakan undang- undang terhadap mereka yang membuat tuduhan itu demi meyakinkan ahli dan rakyat,’’ katanya.
Sidang akhbar itu turut dihadiri Naib Ketua PKR Ampang, H.M Tan bersama 10 ahli jawatankuasa yang mewakili ratusan ahli cabang parti  itu.
Azmin sebelum ini dicabar oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali supaya membuat penjelasan terhadap lima perkara  termasuk sumber kewangan Ahli Parlimen Gombak itu serta isterinya, Shamsidar Taharin yang membeli saham bernilai RM2 juta antara tahun 1992 hingga 1994.
Azmin juga dicabar menafikan dakwaan bahawa beliau serta isterinya termasuk seorang ipar memiliki saham bernilai RM8.5 juta pada awal  tahun 1990-an adalah tidak benar.
Selain itu, Azmin juga perlu menafikan tuduhan yang dibuat dalam buku karangan Syed Hussin Al-Attas bertajuk `Tuhan, Politik dan Seks’  yang diterbitkan pada tahun 2010 termasuk cabaran penulis-penulis blog untuk menentukan kesahihan nasab biologi seorang lagi ahli  keluarga beliau.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping