"Betul Tuan - Tuan. Saya Tak Tipu!!! Saya Memang Bodoh!!!" |
Hehehe... Demi nak menegakkan benang yang basah, Si Mahfuz Bean ni akhirnya terpaksa merayu kepada rakyat untuk mempercayai dia.
Mungkin dia dah sedar bahawa selama hari ini rakyat yang berada diluar sana sudah tidak mempercayai setiap kata - kata yang diucapkannya.
Macam mana diorang nak percaya kalau dah semua cakap dia tu setakat cakap kosong je. Buat mengabihkan air liur, sapa nak percaya?
Zaman sekarang ni, semua dakwaan dan tuduhan kena ada bukti yang kukuh. Selagi bukti itu tidak disahkan secara zahir, maka dakwaan itu hanya jadi dakwaan semata - mata.
Itulah hakikatnya. Orang zaman sekarang ni bukan setakat nak dengar cakap dia je. Orang nak tengok buktinya. Kalau dia setakat cakap je, baik tak payah!!!
Sebagai contoh, dakwaan terbaru dia mengenai pendaftaran warga asing yang KONONnya dilakukan oleh pihak SPR terutamanya dikawasan Sabah.
Apakah dia sendiri tak sedar dengan keadaan Geografi Sabah tu sendiri? Takkan dia tak tau yang kebanyakkan orang dikawasan pendalaman ni malas nak daftarkan anak - anak mereka.
Jadi, bila mereka dewasa, baru la diorang keluar sendiri untuk melakukan pendaftaran tersebut. Mustahil perkara seumpama ini pun Si Mahfuz tu tak tau?
Padahal Pesuruhjaya PAS Sabah sendiri pun merupakan orang luar. Kenapa Si Mahfuz tu tak tanya mengenai perkara tersebut kepada dia?
Bila orang desak agar dia tunjukkan bukti mengenai dakwaan tersebut, dia suruh tubuhkan Jawatankuasa Diraja terlebih dahulu. Kenapa tak boleh dedahkan sekarang?
Kenapa mesti tubuhkan RCI baru dia nak dedahkan bukti tu? Kan dah nampak sangat yang dia sebenarnya hanya bercakap kosong je. Bukannya dia ada bukti pun!!!
Kalau dikawasan Semenanjung ni pulak, kebanyakkan masyarakat Orang Asal pun ramai yang masih tak daftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara.
Tapi, walaubagaimana pun, mereka masih dianggap sebagai Bumiputera. Dan sebab itulah orang bagi panggilan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Inilah sebabnya.
Maka persoalan utamanya sekarang, Adakah Si Mahfuz ni nak menidakkan hak Bumiputera yang baru didaftarkan kerakyatan mereka di Malaysia ni?
Nampak sangat la yang Si Mahfuz ni juga dalam usaha untuk menyingkirkan golongan Bumiputera dengan mempertikaikan hak mereka. Itu pun orang masih tak sedar lagi?
Jadi, buat Si Mahfuz ni, sudah - sudah la!!! Tak payah susah - susah nak merayu supaya rakyat percaya cakap dia. Baik dia jaga orang dikawasan dia je. Yang itu pun tak mampu dia nak buat, lagi dia nak sibuk - sibuk jaga orang dikawasan lain!!!
dia koya nk jd menteri kalu Umno tewas pru 13
BalasPadam