Ahad, April 08, 2012


Wakaka!!! Bengkak habis Si Mahfuz tu kalau dia baca artikel dibawah ni. Selama ni, dia suka sangat buat cerita yang bukan - bukan untuk memburuk - burukkan orang lain.

Dulu dia pernah tuduh yang Kementerian Belia dan Sukan membiayai program ceramah Datuk Dr. Hassan Ali melalui dana yang bernilai berjuta - juta.

Kononnya, dia kata nak dedahkan perkara tersebut dalam Sidang Parlimen. Tapi, sampai ke hari ini, tak de pulak dia bangkitkan cerita pasal perkara tersebut.

Kan dah nampak sangat menipunya dia kat situ. Dah jelas Si Mahfuz Bean ni memang Kaki Penipu!!! Apa sahaja dia buat semuanya tipu belaka!!! Termasuk la cerita pasal KBS tu.

Sekarang KBS nak buat Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya dan bakal memberi impak kepada ekonimi Negara. Mau tak meroyan Si Mahfuz tu bila dia dengar cerita ni. Sebab dia sendiri pun tak mampu nak buat benda macam tu!!! Yang dia tau setakat menipu je!!!
Kuala Lumpur 2 April 2012 - Menteri Belia dan Sukan, Dato' Sri Shabery Cheek menyatakan bahawa golongan belia merupakan kuasa besar dalam sistem ekonomi negara dalam menjelaskan terjemahan kementerian terhadap keberkesanan Program Himpunan Jutaan Belia 2011 yang lalu untuk golongan belia secara keseluruhannya. 
Beliau menjelaskan perkara berkenaan dalam menjawab pertanyaan Dewan Rakyat yang dikemukakan oleh YB Batang Sadong, Puan Hajah Nancy Haji Shukri. 
Jelas beliau, kajian impak ekonomi oleh pihak MITI (Ministry of International Trade and Industry) menyatakan bahawa program himpunan tersebut telah memberi kesan Pengganda ekonomi sebanyak RM 110 juta melalui jumlah perbelanjaan pengunjung, sektor kerajaan, sektor swasta dan NGO sekaligus menyumbang kepada nilai ditambah ekonomi sebanyak 0.014% daripada nilai KDNK tahun 2010. 
Dianggarkan seramai 1.1 juta pengunjung hadir di Putrajaya sepanjang 3 hari himpunan tersebut diadakan dengan purata perbelanjaan sebanyak RM100 seorang. 
Sejurus selesai menjawab pertanyaan Dewan Rakyat, satu sidang media diadakan di lobi Dewan Rakyat bagi mempromosikan Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya 2012 yang akan diadakan pada 23-27 Mei 2012. 
Dato' Sri Shabery Cheek menyatakan bahawa pada tahun ini, lebih 500 program dan aktiviti diadakan daripada 38 segmen. 
Himpunan 5 hari ini akan melibatkan 6 KM sekitar kawasan Putrajaya, 1000 orang artis dan penghibur, 22 buah pentas dan sasaran penyertaan seramai 2 juta belia. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Tuan Borhan Dolah.

Selain itu juga, beliau berhasrat untuk menjadikan himpunan ini salah satu 10 himpunan terbesar di dunia.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. ha..mahfuz..jangan lupa...saman menunggu anda haha..tu la pasal..mulut macam longkang..cari bukti baru cakap...haha..tunguuu...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping