Khamis, April 19, 2012


Fuh!!! Bijak - bijak. Siapa kata Si mahfuz ni bodoh sedangkan dia la Ahli Parlimen dalam kalangan Pakatan Pembangkang yang paling bijak sekali.

Tapi, dia bukannya bijak bermain Politik. Jauh sekali bijak buat kerja untuk rakyat. Sebaliknya, Si Mahfuz ni bijak gunakan Kepala Lutut!!! Itu pasal la sampai hari ni dia GAGAL bagi bukti berkaitan dengan 'Task Force' yang disebut sebelum ni!!!
AHLI Parlimen paling bodoh dalam sejarah negara, Mahfuz Omar dilaporkan sangat marah apabila tohmahan jahatnya bahawa kononnya wujud “task force” yang mendaftar warga asing sebagai warganegara tidak dilayan oleh pihak kerajaan.

Khabarnya, dia mengadu kepada Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, untuk bersuara menyokongnya dalam meraih publisiti berkenaan itu tersebut. 
Tuan Ibrahim dan Abdul Hadi, mahu atau tidak, terpaksalah buat sedikit kenyataan di Harakah untuk memujuk hati Mahfuz yang lara tidak dilayan itu.

Macam budak-budak pula bila melihat perangai Mahfuz. Dia mendakwa wujud satu kumpulan yang didakwa sebagai “task force” memberikan kerakyatan kepada warga asing untuk mengundi pada PRU-13. Kononnya ia didalangi oleh beberapa individu.

Dia menyebut beberapa pegawai kerajaan, termasuk nama Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad, sebagai sebahagian dari “task force” tersebut. Peliknya, dia mendakwa sebegitu tanpa sebarang bukti kukuh atau munasabah!

Sepatutnya, dia laporkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa, sama ada kepada pihak polis atau pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Dia wajib kemukakan bukti kukuh dan dokumen-dokumen yang membuktikan kesahihan dakwaannya.

Kalau dia mengemukakan dakwaan tanpa bukti begitu, siapa yang nak layan?

Lagipun, Datuk Wan Ahmad sendiri sudah menafikan dakwaan Mahfuz itu dan menyifatkannya sebagai satu fitnah karut yang direka-reka untuk memburuk-burukkan pegawai-pegawai dan agensi kerajaan.

Sepatutnya, Mahfuz perlu tahu bahawa tuduhan sebegitu boleh dianggap fitnah dan ia tergolong dari dosa-dosa besar di dalam Islam.

Tuduhan yang goyah dan tidak berasas hanya akan memburuk-burukkan lagi nama PAS yang kononnya memperjuangkan Islam.

Apakah Mahfuz tidak rasa bersalah ekoran fitnah yang dilemparkan terhadap para pegawai kerajaan? 

Hanya kerana mahu dilihat sebagai “hero” atau ahli politik yang hebat, tidak semestinya Mahfuz harus membuat fitnah kepada mereka yang tidak berdosa.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Masa PRU 12 dulu, kerana marah sangat pada BN, kalau Pembangkang letak calon buta atau terencat akal sekali pun pasti dia orang akan pangkah. Maka sebab itulah timbulnya YB YB yang sengal semacam Mahfuz ni... Tak pa PRU 13 nanti pasti semuanya akan berubah, InsyaAllah.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping