Fuh!!! Hebat. Dia ni lagi hebat berbanding dengan Si Bob Lokman tu. Kalau Bob Lokman tu menggunakan peluang untuk balun artis - artis lain sebagai sesat dan sebagainya.
Tapi, berbeza pulak dengan Si Sham ni. Dia menggunakan peluang ni untuk berbini dua. Mungkin itu jugak tunjuk ajar dari PAS gamaknya.
Kalau dah kahwin tu, mengaku je la. Nak sorok - sorok menda kejadahnya lagi. Tu pasal la dalam Islam disyariatkan buat kenduri kalau kahwin ni. Tak de la timbul cerita - cerita macam ni. Takkan pulak Tok Guru dalam PAS tu tak ajar dia kot!!!
PETALING JAYA: Wanita yang dikatakan menjadi isteri kedua kepada Sham (Kamikaze) iaitu Nurul Halimin Md Salleh, 32, enggan mengulas khabar angin mengenai perkahwinan mereka."Tanyalah Sham sendiri," katanya ringkas.Nurul Halimin membuat kenyataan itu melalui adiknya iaitu Maulana yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia kelapan (AF8).Sementara itu Maulana yang turut ditanya berhubung hal tersebut juga enggan mencampuri urusan kakaknya tetapi meminta pihak media bertanya sendiri kepada Sham ataupun rakan-rakan terdekat pemuzik itu."Rasanya, bukan saya yang patut ditanya kerana saya enggan memberi sebarang komen."Lebih baik jika ia ditanya sendiri kepada tuan punya badan atau rakan-rakan terdekatnya," kata Maulana yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.Pada Januari lalu, Sham menjadi tumpuan ramai apabila dia yang kini merupakan seorang pendakwah dikatakan sudah beristeri dua.Hal tersebut membuatkan Sham tampil dan menafikan status berkenaan dan meluahkan rasa kecewa dengan gosip yang melanda itu.Bagaimanapun pada Khamis, sebuah blog hiburan mendedahkan wajah isteri baru Sham yang merupakan janda anak yang antara lain mendedahkan pasangan tersebut telah berkahwin pada 16 Januari lalu.Menurut sumber berkenaan lagi, perkahwinan Sham dan Nurul Halimin masih lagi belum diketahui oleh isteri pertama lelaki tersebut menyebabkan dia mengambil keputusan untuk merahsiakannya terlebih dahulu.Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 36, merupakan bekas anggota Kamikaze sejak tahun 1999. Dia tidak lagi aktif di dunia hiburan selepas membuat keputusan untuk berhijrah sebagai pendakwah bebas bersama isterinya, Farazila pada tahun lalu.
dah jodoh la bro...
BalasPadamada baiknya pompuan ni kawin sebab umur 32 ni kira umur tengah gatal balik...
moga2 jodoh korang berkekalan dan kepada suami ko bahagila kasih seadilnya...
pejuang hamas...
kalau dah kawin apasal nak sorok-sorok tak mengaku. heran betul dengan golongan ni...cakap pasal agama macam banyak ilmu tapi kelakuan tidak mencerminkan ilmu agama.
BalasPadam