Sabtu, April 14, 2012


Inilah yang orang kata: Kalau Terlanjur Perahu, Boleh Undur. Kalau Terlanjur Kata, Buruk Padahnya. Jadi memang kena sangat la dengan Si Mat Syabun tu.

Dia sebelum ni pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak Komunis yang membunuh pegawai Keselamatan di Bukit Kepong suatu ketika dulu adalah pejuang sebenar.

Dia seperti menidakkan pengorbanan anggota keselamatan dan keluarga mereka yang mati dibunuh dengan kejam oleh puak Komunis itu sebagai Pejuang Negara.

Ianya telah menimbulkan kemarahan yang tidak terhingga dari kalangan pegawai - pegawai Keselamatan Awam terutama sekali pihak Keluarga yang terlibat.

Apa alasan yang Si Mat Syabun bagi sewaktu perkara itu dibangkitkan oleh pelbagai pihak ketika itu? Dia kata, dia tak ingat apa yang dia cakap.

Kepala Hotak Dia!!! Macam mana pulak dia boleh lupa apa yang dia cakap? Dia dah hilang ingatan ke? Atau memang dia tak de otak untuk ingat perkara tersebut?

Bila dah kantoi secara besar - besaran macam tu, ia secara tidak lansung memberi kesan Negatif terhadap sokongan rakyat atas pagar terhadap parti dia sendiri.

Mungkin, akibat didesak dan diasak supaya tutup mulut, Si Mat Syabun tu keluarkan pulak kenyataan seperti ini dalam satu ceramah:
"Tuan-tuan nak tahu pada pilihan raya akan datang beberapa orang bekas polis, bekas tentera berpangkat tinggi akan jadi calon dalam Pakatan Rakyat dan kalau berlaku begini sudah seluruh (sokongan bekas tentera) kembali kepada kita," katanya.

Beliau juga mendakwa, ramai bekas pegawai tinggi tentera itu mencarinya untuk menyatakan sokongan kepada kenyataannya berhubung insiden Bukit Kepong, yang mencetus kontroversi sebelum ini.

"Kebelakangan ini ramai bekas jeneral-jeneral cuba cari saya, mereka beritahu saya mengenai Kelab Pegawai-Pegawai Tentera Bersara (RAFOC) telah memutuskan bersetuju dengan kenyataan saya mengenai peristiwa Bukit Kepong.

"Mereka putuskan dalam mesyuarat yang diadakan pada 14 September 2011 jam 11 pagi di Royale Chulan Hotel, Jalan Conlay, Kuala Lumpur dipengerusi Presiden RAFOC, Jeneral (B) Tan Sri Datuk Mohd Ghazali Mohd Seth.

"Justeru, tunggulah saya akan umumkan tidak lama lagi," katanya.
Nah!!! Apa jawapan RAFOC yang dimaksudkan oleh Si Mat Syabun tu? Diorang telah menafikan kenyataan Si Timbalan Presiden PAS tu.

Malah kata mereka, RAFOC tidak pernah mengeluarkan kenyataan menyokong Mat Syabun tu. Bagi mereka, mana - mana pihak yang menyokong Komunis adalah musuh mereka.

Wakil RAFOC kata, orang Politik macam Mat Syabun tu boleh kata apa sahaja. Tapi mereka tidak sekali - kali bersetuju dengan kenyataan berkaitan dengan Bukit Kepong.

Dah nampak sangat la yang Si Mat Syabun tu setakat cuba nak menipu rakyat berkaitan dengan sokongan pihak bekas tentera ni. 

Tindakan dia tu hanya sekadar nak memperbetulkan kesilapan yang pernah dia buat sebelum ini sahaja. Tak lebih dari itu. Itu pun sebab dia dikecam dari kalangan PAS sendiri. 

Macam la orang tak tau, ye tak!!! Dia ingat orang lain bodoh sangat gamaknya sampai tak boleh nak fikir yang dia tu memang Kaki Penipu!!! Kot ye pun, agak - agak la!!! Orang lain semua pikir pakai Kepala Otak. Bukannya pakai Kepala Lutut macam dia!!!
Categories: , , ,

4 ulasan:

  1. Kalau dah pembohong tu, nak bohong saje kerojenye. inikah pemimpin parti Isley?

    BalasPadam
  2. disebabkan nak mendapat sokongan dari kaum cina dia sanggup mengatakan kominis itu pejuang.kominis membunuh anggota polis bukit kepong yang mana anggota anggota polis itu semuanya orang melayu yang menjaga keselamatan dan keamanan kawasan bukit kepong.simat sabu ni dah tak kira lagi biarlah orang melayu habis hancur tak apa asalkan partinya menang.inilah yang dikatakan penghianat bangsa.

    BalasPadam
  3. Macammana la org Pas boleh pilih dia jadi pemimpin...

    BalasPadam
  4. nak kaji PAS ( sebenarnya PISs ) tengoklah tingkah laku Mat Sabu...PAS tu Ma Sabu da Mat Sabu tu lah PAS

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping