Isnin, April 23, 2012


Kalau baca kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Fouziah Ghaous ni, sama pulak dengan insiden yang menimpa ke atas MB Pahang tak lama dulu.

Sebelum ni, MB Pahang marah dengan wartawan akhbar Sin Chew kerana membuat artikel ikut suka hati dia tanpa mendapatkan pengesahan terlebih dahulu.

Benda yang tak pernah disebut oleh MB Pahang pun dijadikan bahan tulisan dan diterbitkan sebelum dapat disahkan perkara tersebut.

Bila ianya diterbitkan, maka ianya menjadi modal untuk Pakatan Pembangkang dan gerakan Anti Lynas menggunakan peluang menghasut rakyat.

Sedangkan wartawan Sin Chew tu sendiri tau bahawa dia dengar cerita dari pihak ketiga. Kenapa dia tak dalatkan pengesahan mengenai perkara itu terlebh dahulu?

Bila digelar bodoh, diorang marah. Tapi buat kerja tak nak pakai otak. Dah jadi buruk, tak reti pulak nak mintak maaf. Tak ke heran tu? Lain kali, jangan buat lagi ye. Nanti mak marah!!!
PETALING JAYA: Pelakon popular, Fouziah Ghous menafikan bakal bertunang dengan kekasih yang masih dirahsiakan identitinya itu pada bulan Jun depan.
Fouziah dalam laporan akhbar Kosmo pada Isnin berkata, dia tidak pernah merancang untuk bertunang seperti yang didakwa dalam masa terdekat ini.
"Saya sendiri tidak tahu bila akan bertunang. Orang yang beri kenyataan itu cukup hebat kerana lebih tahu tentang perkara yang saya sendiri belum tahu," katanya.
Pelakon itu berkata, dia terkilan apabila sebuah ruangan gosip mendakwa dia bakal bertunang tanpa menyiasat dahulu kebenaran mengenai perkara itu.
Ujar Fouziah, dia masih belum terfikir untuk berkahwin atau bertunang buat masa ini namun jika perkara itu terjadi dia sendiri akan hebahkan kepada media.
"Jika tidak pasti, sahkan dengan saya dahulu dan bukannya buat andaian bukan-bukan sebegini dan seterusnya mengelirukan semua pihak," katanya.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping