Walaupun sebelum ini Si Wali Terompah tu dah turunkan 'Wahyu' buat pengikut - pengikut dia agar turun ke Perhimpunan Bersih, dia patut malu dengan statistik ni.
Kalau dia tuduh SPR tak telus, bermakna kemenangan dia dalam Pilihan Raya selama ini juga adalah atas dasar tak telus jugak. Atau adakah dia dikecualikan dari fatwa tersebut? Korang fikir la sendiri!!!
RBF Online - Nik Aziz mula bertanding dalam pilihanraya pada 1967 dalam pilihanraya kecil Parlimen Kelantan Hilir. Kemudian bertanding dalam PRU 1969, 1974, 1978 , 1982 , 1986 , 1990 , 1995, 1999 , 2004 dan 2008.
Kesemuanya 11 kali dalam tempoh 45 tahun dan tidak pernah kalah. Kalaulah SPR itu jahat, menipu dan alat BN , tak boleh ke mereka bagi Nik Aziz kalah sekali ?
Semenjak 2008 hingga 2011 ada 16 pilihanraya kecil. Mereka menang 8 dan BN menang 8.Kalaulah SPR itu alat kepada BN dan dikawal oleh BN, apa ke jadahnya nak bagi mereka menang. Apatah lagi di Permatang Pauh. Lebih baik pancung Anwar awal-awal.
- Permatang Pauh (PKR)
- Kuala Terengganu (Pas)
- Bukit Gantang (Pas)
- Bukit Selambau (PKR)
- Batang Ai (BN)
- Manek Urai (Pas)
- Penanti (PKR) - BN tidak bertanding
- Permatang Pasir (PAS)
- Bagan Pinang (BN)
- Hulu Selangor (BN)
- Sibu (DAP)
- Galas (BN)
- Batu Sapi (BN)
- Tenang (BN)
- Kerdau (BN)
- Merlimau (BN)
Waktu awal-awal mereka menang berderet-deret bercakap bukan main besar lagi kononnya rakyat dah tolak Umno dan BN.
Apabila BN tidak bertanding dalam PRK Penanti bukan main lagi mereka mengejek BN takut kalah dan sebagainya.
Di hujung-hujung musim apabila BN menang berderet-deret termasuk berjaya merampas kerusi Galas dari Pas, mulalah suara-suara syaitan kedengaran menyalahkan SPR dan menuduh BN main kotor.
Termasuklah tuduhan yang paling gila dari presiden Pas (presiden yang tiada kuasa) BN lepaskan air di empangan semasa PRK Tenang sehingga pengundi Pas tidak boleh keluar mengundi.
Waktu mereka menang termasuklah berjaya merampas kerusi BN di Kuala Terengganu dan Sibu, Datuk Najib tidak menyalahkan sesiapa dan berkata menerima keputusan dengan hati terbuka, bukti demokrasi di Malaysia berjalan lancar dan akan lakukan post mortem untuk kaji punca kekalahan.
Itu jawapan orang yang ada akal. Orang yang menerima ketentuan Qada dan Qadar. Dia musahabah diri dan perbaiki apa yang tidak betul.
Dan orang seperti itu boleh berjaya berbanding dengan orang yang sering menyalahkan orang lain diatas kegagalannya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.