Jumaat, April 13, 2012


Hahaha!!! Memang lawak la Pesuruhjaya PAS Pahang merangkap Ketua Penerangan PAS Pusat ni. Tau pulak dia nak marah - marah orang bila dituduh sesat ye.

Selama hari ni, diorang tuduh orang UMNO Kafir dan sebagainya, tak pulak dia fikir ada orang yang nak marah ye tak. Ingat orang lain ni tak de perasaan gamaknya.

Dah la main tuduh pun ikut sedap hati diorang je. Tak de pulak berlandaskan dalil dan nas yang sah pulak tu. Macam mana diorang nak kata yang diorang ni pejuang Islam?

Sekarang bila dah kena pada batang hidung sendiri, baru la dia tau nak mengamuk tak tentu arah. Tuduh la orang main kempen lama dan sebagainya.

Yang diorang tu dok asyik menjanjikan syurga kalau untuk PAS tu menda kejadahnya? Bukan ke itu pun isu lama jugak? Macam la diorang ada idea baru yang nak bawak.

Nak kata perjuangan Negara Kebajikan tu sebagai perjuangan baru mereka? Lupakan je la!!! Orang lain dah lama jaga kebajikan rakyat, diorang pulak baru nak buat menda kejadahnya!!!

Disebabkan Kerajaan sedia ada ni menjaga kebajikan rakyatlah maka sebab itu diorang buat Masjid, Sekolah, Jalan Raya, bekalan air dan sebagainya.

Yang PAS pulak, apa yang diorang buat? Tadbir Kelantan 20 tahun, satu hapah pun diorang tak mampu. Lepas tu naktuduh Kerajaan tak salurkan bantuan.

Kot kalau pandai sangat, usaha la sendiri. Nak harapkan bantuan orang lain buat apa!!! Setakat cakap je pandai, tapi nak buat tak tau pulak!!!

Kata Si Pak Berahim ni lagi, PAS bukan Parti Ajaran Sesat. Kalau ianya ajaran sesat, dah tentu JAKIM akan senaraikan mereka sebagai parti sesat.
Sehubungan itu beliau juga menegaskan bahawa kempen P:Pas yang sedang dibawa Umno bukan perkara baru, malah sudah kedengaran sejak dua dekad yang lalu.


"Ini bukan perkara baru. Sudah lebih 20 tahun Umno membawa dakwaan kononnya Pas sebuah parti sesat.

"Kalau selama 20 tahun orang ramai tidak termakan dengan dakwaan Umno, jadi saya pasti rakyat tidak akan terpengaruh dengan kempen ini," kata Tuan Ibrahim ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

"Apa yang didakwa oleh Umno Terengganu bukan perkara baru, ini perkara lama, kalau Pas parti sesat, sudah tentu Pas sudah disenaraikan oleh Jakim sebagai parti sesat.

"Pas sebuah pertubuhan berdaftar, parti yang sah, bukan parti sesat. Sudah 20 tahun Umno bawa isu ini, jadi, kalau benar kami sesat, sudah tentu Jakim sudah ambil tindakan... ini tidak berlaku, jadi saya anggap ini perkara sengaja dibawa oleh Umno," kata Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang.
JAKIM senaraikan PERTUBUHAN Ajaran Sesat. PAS ni parti Politik. Benda tu jauh sangat bezanya Pak Berahim woi!!! Kalau itu pun dia tak tau, entah la!!!

Orang suruh duduk rumah diam - diam, jaga anak cucu, dia tak nak. Nak jugak sibuk berpolitik tak tentu arah. Sekarang, bila dah dituduh macam tu, tau pulak dia nak beralasan!!! Ini la masalahnya kalau orang tak sedar diri!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. aik?? Kalau undi PAS masuk syurga tu ape? Syurga PAS punya ke? bukan setakat tu..fatwa jihad konon kalau menentang UMNO..pandai pandai je buat fatwa ikut mulut longkang depa ni...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping