Semalam kecoh dengan berita berlakunya gempa bumi bersaiz 8.9 pada skala ricther berhampiran dengan Acheh, Indonesia.
Keadaan tu juga telah menimbulkan panik dikalangan rakyat Indonesia khususnya bagi rakyat di Acheh sendiri.
Mereka yang masih lagi trauma dengan insiden sebelum ini kelihatan agak takut jika berlaku tsunami seperti yang pernah berlaku dulu.
Gegaran itu bukan sahaja dirasai diAcheh sahaja. Malah ia juga turut memberi kesan di Negeri - Negeri sebelah pantai barat Malaysia seperti Kedah dan Pulau Pinang.
Namun, Alhamdulillah. Semuanya masih selamat dan tidak ada sebarang tsunami yang berlaku setakat ini.
Pihak geologi dan meteorologi masih lagi mengkaji tentang punca berlakunya gempa tersebut lewat petang semalam.
Tapi, jika ditanya kepada pakar dari kalangan Pakatan Pembangkang, mereka sudah tahu jawapannya. Tak perlu kaji beria - ia dan memakan masa yang lama.
Tak sampai seminit je diorang boleh dapat jawapan tersebut. Kalau kita tanya, apa punca berlakunya Gempa Bumi semalam, jawapan mereka:
Ini Semua Kerja UMNO!!!
Itu je jawapan yang diorang bagi. Bukannya diorang ada jawapan lain untuk diberikan. Biar pun gempa bumi atau tsunami tu malapetaka alam semula jadi, tapi tetap salah UMNO.
Tak de yang tak salah dengan UMNO ni. Semuanya salah belaka. Diorang je yang betulnya. Kalau diorang memerintah nanti, dah tentu - tentu gempa bumi tu takkan berlaku!!!
Indonesia menarik balik amaran tsunami - kira-kira enam jam selepas gempa bumi kuat melanda bahagian utara Sumatera petang ini.
Pusat Amaran Tsunami Pasifik juga membatalkan amaran tsunami yang dikeluarkan kepada negara-negara Lautan Hindi termasuk Malaysia.
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia menarik balik amaran tsunami yang dikeluarkan berikutan gempa bumi berkekuatan setelah setelah beberapa gempa susulan reda malam ini."BMKG secara rasmi menamatkan amaran awal tsunami," kata Ketua Pusat Gempa Bumi dan Tsunami BMKG Suhardjono di Jakarta pada 7.45 malam setelah mendapat pengesahan bahawa kejadian gempa bumi itu tidak menimbulkan tsunami.Pihak berkuasa sebelum ini mengeluarkan amaran awal tsunami kepada penduduk kawasan pantai di Aceh, Sumatera Utara, Sumatera Barat, Lampung dan Bengkulu, berikutan gempa bumi kuat itu.Bagaimanapun, gempa bumi itu didapati hanya menimbulkan tsunami setinggi 80 sentimeter di Meulaboh, daerah Aceh Barat dan 60 sentimeter di wilayah Sabang.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.