Khamis, April 12, 2012

Rita meniup lilin pada kek hari lahirnya yang ke-36 tahun tanpa suami di sisi.



Macam ni baru betul. Biar pun apa yang berlaku, dia tetap juga mahu memperjuangkan hak dia walau apa rintangan sekali pun.

Bukan la macam sesetengah orang tu. Dia setakat cakap je yang dia akan berjuang untuk hak orang. Padahal, dia hanya mempergunakan mereka semata - mata.

Itu pun demi kepentingan diri dia sendiri. Bukannya dia nak perjuangkan hak orang seperti yang dia kata tu. Dia setakat tipu je kata nak perjuangkan hak orang.
KUALA LUMPUR: Pelakon Rita Rudaini Mokhtar akan memastikan mendapat hak penjagaan anak selepas berpisah dengan suaminya, bekas bintang bola sepak kebangsaan Aidil Zafuan Abd. Radzak.
Rita berkata, sejak empat tahun mendirikan rumah tangga, dia sukar mendapat kebahagiaan sebaliknya segala susah dan senang dikongsi bersama anak-anaknya iaituAirit Rayyan Rizqin,3, dan Airit Rafqa Arjuna yang kini berusia sepuluh bulan.
“Saya menanggung susah dan senang bersama anak-anak saya. Mereka lebih memahami penderitaan yang saya tanggung. Saya akan pastikan mereka akan berada di bawah penjagaan saya sekiranya jodoh saya dengan Aidil tak panjang,” ujarnya kepada mStar Online.
Rita ditemui pada sambutan majlis ulang tahun kelahirannya ke 36 tahun yang jatuh pada Rabu.
Ia diadakan dengan penuh meriah berkonsepkan warna hitam di Hotel Royale Chulan di sini.
Akhbar Utusan Malaysia pada Rabu melaporkan Aidil,25, telah memaklumkan untuk bercerai dengan Rita menerusi mesej khidmat pesanan ringkas (SMS).
Dalam SMS yang diterima Rita, Aidil memberitahu sudah memfailkan penceraian melalui peguamnya.
Tambah Rita, dia akan berjuang habis-habisan sekiranya Aidil atau pihak keluarga mertua mahu menuntut hak penjagaan anak-anaknya jika kes itu dibawa ke mahkamah nanti.
Ditanya mengenai permohonan perceraian tersebut, Rita berkata dia telah menyerahkan kepada peguamnya untuk tindakan lanjut dan menjangkakan kes berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Syariah dalam masa seminggu.
Tambah Rita, dia sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal dihadapi selain reda dan menyerahkan kepada Allah.
"Saya sudah bertahan terlalu lama dan berita Aidil mahu menceraikan saya sedikit pun tidak mengejutkan. Lagipun dia sudah tidak pulang ke rumah hampir empat bulan.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Aidil kerana berkongsi hidup dengan saya selama ini sehingga kami mendapat dua orang anak," ujarnya.
Bagaimanapun, Rita kesal kerana Aidil tidak mampu menjadi suami yang tegas untuk melindunginya dan anak-anak selain enggan berbincang bagi menyelesaikan masalah.
Sementara itu, Rita turut memberitahu dia tidak menghalang Aidil untuk bertemu dengan dua orang anak mereka kerana menganggap anak dan bapa tidak boleh dipisahkan.
“Aidil ada bertemu dengan anak-anak baru-baru ini. Kami tidak lari daripadanya tetapi dia yang meninggalkan kami,” katanya.
Rita menambah dia telah berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka sejak hari pertama mendirikan rumah tangga tetapi disebabkan terlalu banyak campur tangan pihak luar, mereka terpaksa menerima hakikat untuk berpisah.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Semoga Rita tabah menghadapi dugaan ini. Sekiranya dipertemukan jodoh lagi, carilah orang yang matang. Dapat memberi perlindungan dan didikan yang sempurna.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping