Ahad, April 08, 2012

IKON BAPAK SYIAH MALAYSIA!!!
Hah!!! Mana dia pemimpin - pemimpin PAS yang selama hari ni kuat sangat mempertikaikan itu dan ini? Yang rasa diri diorang maksum dari orang lain tu?

Adakah diorang je setakat tahu nak memperjuangkan kepentingan peribadi semata - mata? Kalau dilihat, sekarang ni diorang lebih banyak menumpukan kepada perkara tu.

Kalau tidak, menda kejadah pulak diorang sibuk - sibuk nak buat cerita pasal daftar warga asing, buat Himpunan Bersih dan sebagainya?

Dimana letakkan 'Prioritas' mereka dalam memperjuangkan agama Islam? Sekarang dah ada orang tuduh diorang bawak fahaman Syiah. Takkan diorang nak diamkan diri jugak!!!
Walaupun tidak pernah dibuktikan secara terang terangan, tapi ramai yang mengaitkan PAS dengan fahaman syiah terutama sekali melihat kepada struktur kepimpinan tertinggi PAS, Majlis Syura Ulama yang dikatakan mirip Badan Pelindung di Iran.
Dari segi kepimpinan pula, tokoh yang paling menonjol bila bercakap tentang syiah dalam PAS, sudah tentulah Timbalan Presidennya sekarang, Ustaz Mohammad Sabu yang dikatakan menjadikan Revolusi Iran sebagai pedoman untuk menyertai PAS pada awal 80-an.
Malah kemenangan beliau dalam pemilihan tahun lepas juga dikaitkan dengan sokongan golongan Syiah dalam yang menguasai beberapa kumpulan tertentu dalam PAS.  
Ia adalah lanjutan dari satu mesyuarat rahsia kumpulan pro Syiah dalam PAS yang diadakan di Bandar Sunway beberapa hari sebelum muktamar PAS 2011 berlangsung.
Antara nama-nama penting yang mengetuai kumpulan pro Syiah dalam PAS ini ialah Dr Lufti Ibrahim, Dato’ Dr Mahfudz Mohamed (Naib Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat), Dr Azlan, Dr. Norman dan Mohd Azam.
ADUN PAS bagi kawasan Kubang Rotan Kedah, YB Mohd Nasir Mustapha juga dikatakan mengetuai kumpulan pro Syiah di Kedah.
Terus terang penulis katakan, sejauh mana kebenarannya semua maklumat di atas penulis kurang pasti tapi sudah tentu pokok tidak akan bergoyang kalau tidak ada angin yang menggoncang.
Apa pun yang penting disini ialah, PAS perlu dibebaskan dari pengaruh Syiah kalau mahu terus kekal relevan dalam politik di Malaysia ini kerana penolakan rakyat Malaysia terhadap fahaman Syiah ini bukanlah satu perkara yang rahsia.  
Jika diteruskan juga, takut-takut ia akan menjejaskan undi terhadap PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. dr lutfi ibrahim aku percaya dia syiah sebab aku kenal dia dan mak bapak dia. tapi yang lain tu hanya sebab dorang pemimpin pas, umno sengaja cari sebab untuk jatuhkan pas

    BalasPadam
  2. Dr Mahfodz: C baca buku beliau. Beliau ada menterjemah kitab syiah menurut sumber

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping