Isnin, April 23, 2012


Nampak sangat dakyah Politik dikalangan Pakatan Pembangkang hari ini seperti sudah buntu dengan isu. Maka, mahu atau tidak, diorang terpaksa buat apa yang termampu.

Ini termasuk la dengan membuat tuntutan yang bukan - bukan semata - mata untuk memburuk - burukkan Kerajaan Barisan Nasional.

Sama seperti tuntutan kurang bijak yang dilakukan terhadap pinjaman PTPTN, kini PAS di Pahang juga cuba mencetuskan perkara yang sama.

Semalam, dalam satu mesyuarat yang diadakan oleh PAS Maran, mereka menuntut agar Kerajaan Negeri menaikkan taraf Kuliah Sultan Abu Bakar di Pekan kepada status kolej.

Kata mereka, tindakan itu sewajarnya dilakukan untuk kelansungan pengajian Islam dalam Negeri Pahang ini.
“Perubahan ini perlu dilakukan kerana minat masyarakat terhadap sekolah-sekolah agama semakin meningkat sedangkan pengambilan kemasukan ke pusat pendidikan tersebut amat terhad.


“Tentulah merugikan pelajar-pelajar pintar anak negeri ini yang sepatutnya boleh menyambung pelajaran jika dinaik taraf sebagai kolej, terpaksa menuntut di tempat lain hanya kerana kelemahan kerajaan menjadikannya sebagai sebuah kolej,” katanya baru-baru ini. 
Secara dasarnya, Semut bersetuju dengan cadangan mereka itu. Memang ada baik sekiranya pusat pengajian itu dinaikkan taraf kolej atau Universiti.

Tapi, kalau Kerajaan Negeri naikkan taraf tersebut, adakah PAS akan berpuas hati dan menyokong tindakan Kerajaan Negeri selepas ini? Itu persoalan utamanya.

Untuk apa ditunaikan permintaan orang jika yang mereka balas nanti hanya keburukan dan caci nista semata - mata? 

Bak kata pepatah, bunga yang orang bagi, taik pula yang mereka balas. Dan perkara itu bukannya tak pernah berlaku. Malah buktinya cukup banyak.

Sebagai contoh, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diterima oleh segenap lapisan masyarakat di Malaysia ni termasuk ahli - ahli PAS sendiri.

Tapi, walaupun diorang dah dapat duit tu, diorang tetap juga mengatakan yang duit bantuan tu berupa rasuah dan haram untuk diambil. Tak ke pelik namanya tu?

Tambahan pulak, kalau Kuliah Al - Lughah Wa Ad-Din As-Sultan Abu Bakar itu dinaik taraf menjadi kolej sekali pun, Pakatan Pembangkang tidak akan mengiktirafkannya.

Bagi mereka, kolej seumpama itu hanya membazir dan mengabiskan duit semata - mata. Pelajar - pelajarnya juga tidak berkualiti belaka!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping