Wah!!! Ini satu perkara yang pelik ni. Sebelum ni, beria - ia benar Pakatan Pembangkang tu mendabik dada mengatakan yang diorang ada sokongan kuat dari Masyarakat India.
Tapi, kenapa tiba - tiba je orang India di Parit Buntar ni merasa kecewa dengan Pakatan Pembangkang ni? Apa yang diorang dah buat?
Sebenarnya, Pakatan Pembangkang tu tak de buat apa - apa pun. Diorang setakat bercakap je lebih. Bila suruh buat, diorang bukannya reti.
Itu pasal la masyarakat India ni marah dan rasa kecewa dengan puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Dah la diorang semakin dipinggirkan dalam Pakatan.
Dulu, pernah jugak geng - geng HINDRAF tu nak hantar Memorandum kepada Si Ketua Penipu tu. Tapi, tak dilayannya. Malah Memorandum tu pun dikoyak - koyak.
Si Ketua Penipu tu layan orang India ni macam sampah!!! Dia ingat orang India ni boleh kena tipu. Sama macam yang berlaku di Kampung Buah Pala.
Janji nak selesaikan masalah diorang. Tak sampai setahun memerintah, dah disodoknya tanah tu. Nak selesai menda jadahnya!!!
Sudah - sudah la kena tipu dengan puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Diorang tu berjuang untuk diri sendiri je. Bukannya nak berjuang untuk rakyat sangat!!!
PARIT BUNTAR - Masyarakat India di kawasan Parlimen Parit Buntar melahirkan rasa kesal dan mendakwa tidak diberi perhatian oleh pemimpin tempatan.
Pengerusi Majlis Kepimpinan Masyarakat India Kawasan Parlimen Parit Buntar, K Chandragantihan berkata, sejak rakyat memilih pembangkang menerajui kawasan ini, janji yang ditaburkan pada mereka tidak ditunaikan.
Menurutnya, sejak kawasan ini diterajui mereka, masyarakat India di sini tidak pernah mendapat bantuan malahan mengalami masalah untuk membuat aduan.
“Mujur masih ada Barisan Nasional (BN) yang sudi memberikan perhatian kepada penduduk masyarakat India yang berada di dalam kesusahan dan memerlukan bantuan.
“Kerajaan yang ada sekarang banyak turun padang tinjau masalah rakyat termasuk memberikan bantuan terutama untuk warga emas dan golongan miskin,” katanya pada Perasmian Majlis Pimpinan Barisan Nasional Masyarakat India Negeri Perak (PERMASIP) di Dewan Sri Permai, Parit Buntar.
Kata beliau, bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini, masyarakat India bertekad untuk memastikan Barisan Nasional merampas semula kerusi ini.
Jelasnya, persatuan tersebut kini sudah mempunyai 1,000 ahli di kawasan Parit Buntar dan akan memberikan sokongan kepada BN nanti.
dengar cakap enggang,
BalasPadammakan buah belolok,
dengar CAKAP PEMBANGKANG!
TERJUN MASOK LUBUK!