Jumaat, April 13, 2012


Rakan Semut pelik dengan puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Walaupun dia bukan penyokong kuat mana - mana parti, dia cuma heran tengok politik mereka.

Dia tanya, kenapa Pakatan Pembangkang ni tak suka buat kerja dalam Negeri diorang? Sebagai contoh, isu PTPTN. Kenapa tak mansuhkan yuran pengajian di Unisel?

Kalau baca kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Rafizi Jambu tu, dia kata Unisel ni tak de kualiti yang sama taraf dengan Universiti lain.

Maka, sebab itulah nak mansuhkan PTPTN atau bagi pendidikan percuma di Unisel ni dikira tak berbaloi sebab pelajar yang keluar nanti pun semuanya tak berkualiti juga.
Pada sesi dialog itu, Rafizi yang juga Pengarah di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor berkata  kerajaan negeri Selangor tidak mempunyai pengalaman dalam membangunkan dan menguruskan universiti dalam negeri.

"Unisel hanyalah IPTS walaupun dinaik taraf kepada universiti, saya tidak setuju Unisel ditubuhkan kerana menelan kos perbelanjaan sebanyak 56 juta, lebih baik mahasiswa Unisel dihantar ke Universiti Malaya (UM) kerana IPTS di negeri ini tidak mempunyai kualiti," katanya.

Menurut beliau, pembiayaan pendidikan oleh negeri tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya kerana ia terikat kepada akta tertentu, seperti akta pinjaman dan akta pencegahan pengubahan wang haram.

Mengulas lanjut isu tersebut, Rafizi berkata universiti seperti Unisel dan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sebenarnya merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) walau dikatakan sebagai “universiti negeri.”

Beliau turut menekankan soal keperluan memantapkan kualiti dan menambahkan bilangan universiti awam dalam tempoh sepuluh tahun akan datang di samping menggalakkan penggabungan IPTS yang tumbuh bagai cendawan.

Katanya, kekayaan negeri lebih baik dilabur kepada pelajarnya yang menuntut di pelbagai universiti berkualiti baik daripada disumbangkan untuk pembangunan sebuah 'universiti negeri' sahaja.

Menurutnya, beliau percaya kualiti universiti dapat dijamin apabila ia diuruskan oleh pakar dan ahli akademik dan bukannya kerajaan negeri atau pihak swasta yang bermotifkan keuntungan.

“Duit itu lebih baik guna untuk hantar pelajar ke Oxford atau Harvard. Kalau UM (Universiti Malaya) lebih baik, patut bawa dia ke UM,” katanya yang juga bertugas sebagai ketua eksekutif di pejabat penasihat ekonomi Selangor. - Sumber
Habis, kalau dah tak de kualiti, apa guna diorang bukak Unisel tu? Tutup je la. Buat apa nak habiskan duit Kerajaan Negeri dan duit rakyat? Tak ke heran tu?

Kalau betul dia tak bersetuju dengan penubuhan Unisel tu, jadi dia patut usulkan kepada Kerajaan Negeri agar tutup je Universiti tu. Tapi, kenapa dia tak buat?

Kan dah kantoi. Itu la. Pandai sangat nak pertikaikan orang lain sampai diri sendiri pun tak mampu nak buat. Cakap je lebih diorang ni. 

Tapi, hakikatnya diorang tak mampu buat apa - apa. 3 tahun memerintah, pun diorang masih GAGAL nak laksanakan janji yang diorang sendiri buat. 

Habis, macam mana diorang nak tunaikan janji kalau dah memerintah kelak!!! Lagi la diorang tak mampu!!! Yang diorang mampu hanya menipu rakyat je!!! Itu je kemahiran diorang!!!
Categories: , , ,

5 ulasan:

  1. aii.. ni dah melampau... aku belajar kat Unisel elok je jadi orang ade kerjaya gaji beso... zaman Razali Agus jadi TNC dulu semua ok tapi bila PR dah ambik terus tengok la macam sekarang ni camne...

    BalasPadam
  2. Boleh dengar ke cakap mamat yang graduate dengan kelas dua rendah ni??? Mungkin cakap dia bagus sikit dari Nuar peliwat yang hanya dapat general degree tu.... bagus sikit je la..

    BalasPadam
  3. mamat ni sibuk ckp Msia kaya raya,so patut tanggung pdidikan pcuma mcm ngaji Quran..weyy Jambu,mak aku belaja balik tajwid pon dah bayar ikut pakej 3 bulan rm375 laa..ni nak blaja 4-5 tahun kat Uni,mane duit nak cekau byr gaji lecturers?ckp ikut sdp gigi je bole la dia ni..karang Petronas mintak balik hutang dia kat ko br tau,ko ni ye mhabiskan duit rakyat Msia,anto blajo jauh2,balik jd pengkhianat negara.kesimpulannya,sape2 dah pinjam PTPTN tu,bayo je la.mane ade bende pcuma skrg?air percuma kat Sngor pon smp sudah-haarrrraaammmmjadaaahhhh

    BalasPadam
  4. Puok puok nih memang kelako.. puak badut katakaan,, puok nih caakap je lebih,, otak kosong. Sikit sikit petronas sikit sikit petronas.. tah apa apa idea lain takada. puok auta sokmo

    BalasPadam
  5. unisel pun asalnya sape yg tubuhkan... dari kerajaan sebelum nie gak.. x ada kualiti kenapa tubuhkan? unisel sendiri dah bayak pencapaian serta ada pengiktirafan dr badan yang sepatutnya.. ckp jgn ikut suka mulut je.. ada bukti ke pelajar unisel x ada kualiti? jgn campurkan politik dgn pendidikan dlm negara...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping