SEMALAM, berlangsungnya Rapat Rakyat Ceramah Umum “10 hari menjelang Bersih 3.0” di Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru, Kuala Lumpur.
Jika program semalam dijadikan kayu-ukur perhimpunan Bersih 3.0 yang bakal diadakan, maka kita wajar merasa bimbang.
Penulis telah dimaklumkan sejak dari awal bahawa kehadiran adalah disasarkan dalam 10,000 orang tetapi yang hadir jangankan 50%, tetapi 5% sahaja.
Benar, bahawa laman-laman web pro-PR kebanyakannya memberi gambaran bahawa program semalam mendapat sambutan tetapi, apa gunanya kita menipu diri sendiri?
Mengaku sajalah bahawa yang datang hanyalah lebih kurang 500 orang.
Justeru, bagaimana kita boleh mensasarkan sehingga 500,000 atau lebih dalam perhimpunan yang sebenar nanti sedangkan untuk mengumpul 5,000 pun kita tidak mampu?
Penulis tahu tulisan ini pasti ditempelak oleh pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong PR sekalian tetapi penulis mempunyai tanggungjawab untuk menegur dan menyatakan yang benar walaupun pahit.
Kebenarannya ialah Chegu Bard telah gagal menggerakkan anak muda dan mahasiswa sepertimana yang ditugaskan kepadanya.
Dikhabarkan Chegu Bard akhir-akhir ini seolah-olah sudah kehilangan semangat dan segala cakap berdegar-degarnya hanyalah lakonan semata-mata. Oleh itu, penulis tertanya-tanya, mungkinkah beliau sudah letih?
Jangan kita lupa bahawa Chegu Bard pernah kecewa ketika pemilihan parti yang lalu sehingga hampir keluar parti. Apakah luka kecewa itu masih belum pulih?
Bukan kita menuduh Chegu Bard sengaja menggagalkan himpunan pra-bersih tetapi kita meragui kesungguhannya untuk menjayakan Bersih 3.0.
Tidak logik jika dikatakan bahawa kebanyakan tenaga anak-anak muda sudah dikerahkan untuk berdemo isu PTPTN di Dataran Merdeka kerana di situ juga tidak ramai lagi yang tinggal.
Apakah ini petanda bahawa semakin ramai anak muda memalingkan muka dari Pakatan Pembangkang? Korang Fikir la sendiri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.