Fuh!!! Memang terbaik la. Macam ni rupanya Kerajaan Negeri PKR menjaga bab sosial dan mencegah maksiat sebenarnya.
Kalau sebelum ni, Si Ketua penipu tu pernah kata bahawa undang - undang yang ada diMalaysia ni sudah lapuk dan ketinggalan zaman.
Kata dia lagi, isu mengenai hubungan seksual individu didalam Malaysia ni bukan urusan pihak Kerajaan selagi ianya tidak dilakukan ditempat awam.
Jadi, macam mana pulak dengan tempat rekriasi yang ada di Cheras ni? Bukankah tempat itu dianggap sebagai tempat awam? Atau dia sengaja nak membutakan mata sahaja?
Kalau macam ni la caranya Menteri Besar merangkap Exco Agama Negeri Selangor menjaga kesucian Islam, baik tak payah!!! Tak de lansung tindakan yang dibuat!!! Setakat bercakap je lebihnya!!! Tapi kerja, satu HAPAH pun TAK BUAT!!!
CHERAS: Siang tempat beriadah dan bersantai, malam pula tempat memadu kasih dan melakukan maksiat golongan lelaki lembut. Begitu suasana di kawasan letak kereta Taman Tasik Permaisuri, dekat sini, yang menjadi tumpuan anak muda menghabiskan waktu senggang mereka pada hujung minggu.
Amat menjijikkan apabila pemandangan diselitkan adegan menyakitkan mata gelagat lelaki sejati bertukar ‘lembut’ apabila disapa kaum sejenis yang dipercayai cuba ‘melanggan’ mereka.
Tinjauan Metroplus baru-baru ini, mendapati rata-rata mereka adalah pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang seronok menghabiskan masa hujung minggu untuk melepak di situ.
Hampir tiga jam melakukan pemerhatian, mereka semakin galak melakukan aksi termasuk berteriak bagi menarik perhatian orang ramai yang datang ke kawasan berkenaan.
Walaupun malam semakin larut, keadaan semakin ‘hangat’ apabila beberapa kenderaan satu demi satu masuk ke tasik dipercayai mencari ‘port’ terpencil dan sunyi jauh daripada pandangan umum.
Pekerja tasik berkenaan, V Chitra, 49, berkata, banyak masalah timbul apabila remaja melepak di situ paling ketara keadaan persekitaran yang kotor selain aktiviti menghidu gam dan menghisap dadah, botol kosong dipercayai botol arak juga bertaburan.
“Selalunya remaja terbabit mula aktif apabila malam semakin lewat antara jam 11 malam hingga 3 pagi. Saya sempat melihat kelibat mereka pada jam 8 malam dan ketika itu mereka datang sekadar melepak dan berbual kosong.
“Namun, lebih mengecewakan mereka mengotorkan kawasan sekitar terutama pondok kecil di situ. Seharusnya ia digunakan sebagai tempat kawalan, tetapi disebabkan terbiar ramai yang menyalahgunakan pondok berkenaan sehingga rosak dan kotor,” katanya. Pekerja pembersih tandas, R Selvarani, 40, berkata, pemantauan daripada pihak berkuasa sering dilakukan di situ, tetapi remaja terbabit melarikan diri apabila melihat kelibat motosikal polis meronda.
“Mereka terlalu licik dan cepat menyedari kehadiran pihak berkuasa, tetapi selepas itu mereka datang kembali dan meneruskan aktiviti masing-masing.
“Kami tiada masalah untuk sesiapa saja datang beriadah atau melepak, tetapi biar aktiviti yang dilakukan berfaedah dan tidak mendatangkan mudarat kepada orang lain,” katanya. - Mymetro
Dulu PDRM ade letak anggota disana ... skg dah tak ade kut ... sebab tu mereka datang semula.
BalasPadam