Jumaat, April 27, 2012


PKR dah bersedia hadapi Pilihan Raya? Wakakakaka!!! Lawak betul la. Sepatutnya Si Ciputdin ni menjadi peserta untuk pertandingan Maharaja Lawak.

Sebab apa yang dia sebut dalam wawancara dengan Sinar Harian ni memang satu benda yang cukup menggelikan ketiak dan juga anak tekak.

Sampai berguling - guling Semut dan rakan - rakan dibuatnya. Ada ke dia cakap yang PKR ni dah bersiap sedia nak hadapi Pilihan Raya?
SAIFUDDIN: Persiapan PKR menghadapi pilihan­ raya kali ini lebih baik berbanding tiga penggal pilihan raya sebelum ini. 

Beberapa perkara penting telah mematangkan kami antaranya pengalaman parti bertambah berbanding pilihan raya pada 1999. 

Kami tidak pernah ada prosedur operasi standard (SOP) kerja sebelum ini. Sekarang kami berpengalaman tiga kali pilihan raya umum dan berpuluh kali pilihan raya kecil. 

Kami juga berjaya memberikan nilai tambah sistem bekerja antaranya struktur organisasi, kepimpinan dan perasaan kekitaan yang kuat. 

Pada 1999, kami tidak ada panduan umum, kami hanya meletakkan Pas di kawasan Melayu, DAP di kawasan Cina. Tidak ada panduan jelas, tahun 1999 adalah fasa perundingan kerusi. 

Kali ini, kekuatan kami di kawasan bandar dan separa bandar tanpa meninggalkan tapak tradisi politik Melayu. Kini PKR mencecah 500,000 ahli yang mana komposisinya Melayu (50 peratus), India (23 peratus) dan Cina (15 peratus) manakala bakinya, Bumiputera Sabah dan Sarawak.
Bukan ke semalam diorang setuju dengan cadangan Ambiga supaya Pilihan Raya ni ditunda? Adakah itu tandanya yang diorang dah bersiap sedia?

Agaknya diorang dah bersiap sedia dari segi apa? Dari segi fizikal mungkin sebab dana diorang dapat dari Israel pun dah berkontena sampai. Tu duit RM400juta tak terjawab lagi.

Nak kata yang diorang bersedia dari segi jentera, PKR memang tak ada jentera lansung. Mengharapkan jentera orang lain ada la.

Pun masih jugak belum bersedia setakat ini. Ada beberapa Cabang masih lagi beramuk sesama sendiri. Siap bukak Bilik Gerakan yang berlainan.

Nak kata diorang bersiap sedia dari segi mental? Lagi la punahnya!!! Kalau tidak, kenapa diorang nak desak supaya PRU ditunda? 

Kalau betul dah bersiap sedia, tak payah la tunggu - tunggu lagi. Nak tunda - tunda buat apa. Mengabihkan masa je.

Dan tak lupa juga. Kalau betul PKR dah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya, kenapa mereka takut nak bubarkan DUN serentak dengan Parlimen?

Adakah itu juga membuktikan yang mereka benar - benar sudah bersiap sedia atau setakat cakap je lebih? Takat nak menipu rakyat boleh la Ciput oi!!! 

Tapi jangan la ingat rakyat ni bodoh sangat!!! Diorang pun dah tak sabar nak tumbangkan Kerajaan Pakatan Pembangkang yang sedia ada sekarang ni sebab diorang tau bercakap je, tapi buat kerja tak reti!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping