Ps: Kalau sebelum ni, orang kecoh cerita pasal MB Pahang marah bila wartawan salah lapor mengenai kenyataan yang tidak dikeluarkannya. Itu pun sebab wartaan tu tak ikut etika.
Buat laporan dalam bidang kewartawanan ni perlu ikut etika. Bahan tulisan perlu sahih dan bukan sekadar yang didengar - dengar dari pihak ketiga sahaja.
Bukan apa. Takut jadi macam wartawan ni la. Disebabkan bahan laporan dia tu tak sah, dah tak pasal - pasal kena bayar saman sebanyak RM 500ribu. Siapa yang susah? Nak buat cerita pun, jangan lain main ikut sedap hati je. Periksa la dulu fakta tu betul atau tidak!!!
KUALA LUMPUR - Wartawan veteran R. Nadeswaran diarah membayar ganti rugi RM500,000 kepada pemaju hartanah Datuk Mohamad Salim Fateh Din berhubung kenyataan berbaur fitnah dibuat menerusi laman sosial Twitter.
Ia keputusan pertama membabitkan satu kes fitnah, dibuat menggunakan akaun Twitter di negara ini.
Hakim Mahkamah Tinggi Amelia Tee Hong Geok Abdullah mengarahkan ahli perniagaan itu dibayar ganti rugi am RM300,000 dan ganti rugi teruk RM200,000.
Laporan Star Onlinemenyebut Nadeswaran merupakan individu pertama di Malaysia disaman berhubung kenyataan berbaur fitnah disebarkan menerusi Twitter.
Menurut laporan itu, Mohamed Salim diwakili oleh peguam Dhinesh Bhaskaran dan Denise Tan manakala Nadeswaran oleh Lim Chee Wee.Nadeswaran disaman oleh Mohamed Salim memohon ganti rugi RM15 juta pada 1 Mac lalu berhubung kenyataan yang memburuk-burukkan status Bumiputera Ketua Pegawai Eksekutif Gapurna itu.
Published with Blogger-droid v2.0.4
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.