Jumaat, April 27, 2012


BUAT julung kalinya, Konsert Harta Intelek akan diadakan di Padang Taman Kamunting, Kuantan, Pahang pada Sabtu (28 April) ini bermula pukul 8 malam.

Konsert anjuran Maya Axis Creative Sdn. Bhd. itu bakal menampilkan beberapa artis popular tempatan antaranya Ziana Zain, Datuk M. Daud Kilau, Black (Mentor), Dafi, Fazli Zainal, Aishah (AF6) dan Emeer Iskandar selain Tauke (Raja Lawak) dan Ahdan Salleh selaku pengacara.

Konsert percuma itu dijangka dihadiri 2,500 orang penonton akan turut dihadiri Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) merangkap Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail.

Tujuan utama penganjuran konsert ini adalah sebagai salah satu mekanisme untuk menyampaikan maklumat berkaitan harta intelek secara lebih santai kepada masyarakat setempat selain mengetahui lebih mendalam tentang bidang harta intelek dan kepentingan melindungi harta intelek.

Ia bagi meningkatkan lagi kefahaman orang ramai berkaitan harta intelek terutamanya hak cipta melalui medium hiburan.

Selain itu objektif penganjuran konsert ini juga adalah untuk meningkatkan kadar kesedaran dan penghayatan orang ramai akan kepentingan perlindungan harta intelek serta memupuk budaya menghormati hak-hak harta intelek.

Konsert ini juga diadakan selaras dengan aspirasi kerajaan bagi mengkomersialkan bidang harta intelek dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Selain berhibur, penonton juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik yang telah disediakan sepanjang Konsert Harta Intelek berlangsung.

Konsert tersebut diadakan bersempena Sambutan Hari Harta Intelek Negara yang berlangsung selama dua hari bermula dari 27 April di Kuantan, Pahang.

Bertemakan Harta Intelek - Pemacu Transformasi, sambutan itu dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping