Gelagat Anwar - Anwar memang terkenal tegas dengan keputusan. Memandangkan banyak serangan peribadi yang dikenakan kepada Azmin, banyak undangan ceramah Pasca Bersih 3.0 diserahkan kepada individu lain.
Malahan, satu program ceramah besar-besaran bersama PAS dan DAP di Kelantan juga, nama Azmin digugurkan daripada senarai penceramah.
Anwar mahu Azmin diam, dan berfikir tentang strategi menangani fitnah. Untuk Azmin Ali, kira-kiranya ini FITNAH 3.0 jugalah.
Fitnah pertama kononnya, Shamsidar dijadikan modal Azmin untuk dekat dengan Anwar. Fitnah 2.0 – kedudukan DNA anak sulung Azmin. Dan kali ini, kena pula dengan rakaman peribadi. Aduhai.
Nampaknya, hayat politik Azmin di dalam PKR semakin mendatangkan cemburu di kalangan rakan-rakan pimpinan. Stail Azmin memang keras. Tegas. Macho.
Tetapi apabila terkena tempias dengan pelbagai isu, nampaknya Azmin juga ‘crack’ dan mula menyendiri. Malahan, ada kalangan rakan rapat yang mengatakan Azmin sudah mula menjadi penagih tegar ‘anti depression’. Sudah mula.
Rakan-rakan PKR harap Azmin pandailah jaga diri. Jangan terlalu tertekan. Ini perkara biasa dalam politik. Azmin pun tahu game ini.
Menyerang Azmin adalah juga menyerang ‘nerve centre’ kepada PKR. Azmin memang mempunyai clout dalam banyak perkara di dalam PKR.
Hutang piutang HQ, pengurusan parti, rayuan derma Cabang dan ranting, peruntukan kewangan peribadi Anwar – semuanya memang di dalam pengetahuan Azmin.
Semua ini hanya melahirkan rasa cemburu yang bukan sedikit oleh rakan-rakan dalam PKR. Mereka anggap Azmin sebagai penasihat Anwar nombor wahid – sekaligus musuh utama kepada ramai Ketua Cabang.
Sejak kes peribadi Azmin tersebar; ramai Ketua Cabang yang dahulunya bersama Azmin – sudah meratap hiba, memujuk hati MB Selangor. Dengan dana Selangorku yang masih banyak, Ketua Cabang melihat MB adalah punca kuasa baru di dalam PKR.
Secara perlahan, Azmin sendiri maklum dan faham bahawa dia semakin keseorangan dalam berhadapan dengan ‘gambar intim’nya dengan wanita muda.
Azmin bernasib baik jika Pak Sheikh mahu mempertahankannya. Kalau tudak. Gandingan Khalid-Zaid Ibrahim akan melanyak Azmin sepuasnya.
Good luck bro! Lu senang…lupa kawan-kawan. Sekarang, lu tengok siapa kawan lu.
Masa senang dulu2 boleh jugak trisome,
BalasPadamkalau sorok2 sempat jugak twosome,
habis, masa susah sekarang ni, Azmin tinggal HANDsome?